Loading...

#PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya

#PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya
link : #PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya

Baca juga


#PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya

PBT perlu menguatkuasakan peraturan sedia ada untuk menangani isu lambakan bahan kempen terutamanya selepas tamat pilihan raya. Gambar hiasan

BAHANG Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin dirasai selepas beberapa parti politik mengambil tindakan menggantung bendera di lokasi-lokasi tertentu.

Antara lokasi yang dapat dilihat ialah di kawasan Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan.

Menyedari bahawa jumlah bendera dan poster parti politik akan bertambah dari semasa ke semasa, pihak berkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan amaran kepada kesemua parti yang bertanding agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan berkaitan penggantungan bendera dan poster beberapa hari lalu.

Menurut laporan akhbar pada Rabu lalu, Yang Dipertua MPSepang, Datuk Puasa Md. Taib menjelaskan, kesemua parti politik diingatkan supaya meletakkan bahan-bahan kempen mereka sama ada bendera mahupun poster di lokasi yang sesuai serta tidak mengganggu pengguna jalan raya.

Beliau turut menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan dengan mencabut kesemua bahan kempen yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang itu.

Ternyata, kenyataan yang dikeluarkan oleh orang kuat MPSepang itu dilihat sebagai satu tindakan proaktif dan langkah awal dalam menangani masalah lambakan bahan kempen pilihan raya yang hanya akan menjadi satu tugas tambahan kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) terutamanya untuk membersihkan semula kawasan selepas tamat pilihan raya.

Mengulas mengenai perkara itu, Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussien berkata, situasi perang poster sememangnya satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan ia merupakan satu pemandangan biasa yang akan berlaku setiap kali pilihan raya.

“Apatah lagi apabila PRU-14 ini dianggap sebagai bapa segala pilihan raya, sudah tentu perang poster dan bendera akan menjadi lebih dahsyat.

“Tambahan pula pada kali ini, parti yang akan bertanding semakin bertambah.

“Ia akan menyaksikan lebih banyak bendera dan poster calon-calon ditampal dan digantung di serata tempat,” katanya.

Bertindak tegas

Bagaimanapun, dalam menangani isu lambakan bahan kempen terutamanya selepas pilihan raya berlangsung, PBT hendaklah bertindak lebih tegas dengan menguatkuasakan peraturan sedia ada untuk dipatuhi oleh semua parti yang bertanding.

Malah, PBT juga harus memaklumkan peraturan itu kepada parti-parti lebih awal dan jelas agar semua pihak memahami serta dapat mengikutinya tanpa sebarang masalah.

“Jika ada mana-mana parti yang dikesan sengaja melanggar peraturan itu, maka PBT hendaklah mengenakan tindakan tegas kepada mereka sebagai satu bentuk pengajaran,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Law Teik Hua pula berpendapat, mana-mana parti politik yang bertanding dalam pilihan raya tidak seharusnya menjadikan fenomena perang poster itu sebagai satu pesta untuk menunjukkan bendera dan poster parti mana yang paling banyak.

Ini kerana situasi itu akan menyebabkan kawasan-kawasan kritikal seperti persimpangan dan bahu jalan menjadi mangsa dengan dipenuhi bendera serta poster-poster.

“PBT seharusnya menguatkuasakan had yang dibenarkan untuk tujuan menggantung bendera dan poster parti terutamanya di persimpangan jalan.

“Ini kerana bahan-bahan kempen itu bukan sahaja mengganggu penglihatan pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya yang lain tetapi turut berpotensi untuk menjadi ancaman kepada keselamatan mereka,” katanya.

Jelasnya lagi, antara contoh ancaman yang boleh wujud ialah apabila bahan kempen itu terputus daripada tali atau terjatuh ke atas jalan raya dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Lebih teruk lagi apabila papan tanda bersaiz besar yang dipasang di tepi jalan mengandungi reka bentuk, warna atau kata-kata yang dianggap mampu mengalihkan pandangan pemandu.

Alih pandangan

“Bayangkan, sekiranya seseorang pemandu kenderaan itu terlihat papan tanda yang dipasang di tepi jalan dan berasa tertarik untuk melihat serta membaca kandungan yang tertera, sudah pasti dia akan mengalihkan pandangannya ke arah papan tanda tersebut.

“Keadaan itu sangat berbahaya kerana kecuaian di atas jalan raya walaupun sesaat boleh mengundang padah,” katanya.

Justeru, beliau turut mencadangkan agar PBT mengeluarkan garis panduan khusus berhubung reka bentuk papan tanda yang akan digunakan pada kempen pilihan raya agar ia tidak menjadi faktor yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.[Kosmo!]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya

Sekianlah artikel #PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2018/04/peringatan-berhemah-pamer-bahan-kempen.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "#PERINGATAN ~ Berhemah pamer bahan kempen pilihan raya"

Post a Comment