Loading...
link : #INFO IT ~ Kenapa 4G di Malaysia masih lembap?
#INFO IT ~ Kenapa 4G di Malaysia masih lembap?
Fahmi Fadzil
Katanya, perkara ini harus dijawab oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menurutnya, pakar pemetaan liputan tanpa wayar OpenSignal mengeluarkan laporan The State of LTE, menyatakan purata kelajuan 4G di Malaysia adalah 14.83 megabit per saat (Mbps) dan merupakan kelajuan antara terendah dalam kalangan 88 negara yang dikaji.
“Laporan itu menyatakan kelajuan talian 4G di Malaysia jauh di belakang negara-negara jiran, Singapura (purata kelajuan 44.32 Mbps), Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps).
“Jika benar, ini bukan satu rekod atau pencapaian membanggakan. Ketika Malaysia mempunyai kadar penembusan 4G hampir 75 peratus, kelajuan 4G di negara ini amat mendukacitakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Justeru, beliau menggesa Salleh segera memberikan penjelasan mengapa rangkaian jalur lebar 4G di negara ini lebih perlahan.
“Apakah yang akan dilakukan pihak kerajaan untuk menjamin peningkatan kelajuan perkhidmatan 4G bagi pengguna di negara ini.
“Pengguna perkhidmatan 4G di Malaysia sepatutnya menikmati kelajuan jauh lebih baik berbanding apa yang ada sekarang.
“Kerajaan perlu segera tangani isu kelajuan ini untuk memastikan infrastruktur internet tanpa wayar di negara ini dipertingkatkan seiring dengan niat memanfaatkan sepenuhnya Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya.[SH]
Demikianlah Artikel #INFO IT ~ Kenapa 4G di Malaysia masih lembap?
Sekianlah artikel #INFO IT ~ Kenapa 4G di Malaysia masih lembap? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #INFO IT ~ Kenapa 4G di Malaysia masih lembap? dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2018/02/info-it-kenapa-4g-di-malaysia-masih.html
Loading...
0 Response to "#INFO IT ~ Kenapa 4G di Malaysia masih lembap?"
Post a Comment