Loading...
link : #KONTROVERSI ~ ‘Individu lulus tanah Felda Jalan Semarak didedah Tim Menteri JPM’
#KONTROVERSI ~ ‘Individu lulus tanah Felda Jalan Semarak didedah Tim Menteri JPM’
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim.
Menurutnya, pendedahan autoriti yang menandatangi PA itu, bukanlah bertujuan menuding jari kepada pihak tertentu kerana kes ini masih lagi dalam siasatan audit forensik.
“Kita zaman sekarang tak boleh sembunyi-sembunyi pun, banyak benda akan terdedah. Sekarang saya jawab di Parlimen. PA tersebut ditandatangani oleh Pengerusi Felda dan Pengurus Besar ketika itu.
“Maknanya (pendedahan) ini bukan bertujuan tentukan siapa betul, siapa salah kerana siasatan masih berlangsung,” katanya menjawab soalan daripada Ahli Parlimen, Indera Mahkota-PKR, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, ada banyak syor dan penemuan yang didapati oleh audit forensik.
“Saya cuma menjawab soalan yang ditanya iaitu siapa yang keluarkan PA dan siapa yang tandatangani.
“Berdasarkan prosedur semua dokumen 240 dokumen termasuk minit mesyuarat lembaga telah diambil untuk lengkapkan siasatan,” jelas Razali.
Sebelum ini kecoh kontroversi Felda yang berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai RM270 juta di Jalan Semarak bagi tujuan pembangunan KLVC menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.[SH]
Demikianlah Artikel #KONTROVERSI ~ ‘Individu lulus tanah Felda Jalan Semarak didedah Tim Menteri JPM’
Sekianlah artikel #KONTROVERSI ~ ‘Individu lulus tanah Felda Jalan Semarak didedah Tim Menteri JPM’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #KONTROVERSI ~ ‘Individu lulus tanah Felda Jalan Semarak didedah Tim Menteri JPM’ dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2018/03/kontroversi-individu-lulus-tanah-felda.html
Loading...
0 Response to "#KONTROVERSI ~ ‘Individu lulus tanah Felda Jalan Semarak didedah Tim Menteri JPM’"
Post a Comment