Loading...
link : #TAHNIAH ~ Waris Naza Dan Berjaya Selamat Dinikahkan?
#TAHNIAH ~ Waris Naza Dan Berjaya Selamat Dinikahkan?
AKHIRNYA… Waris kepada dua buah syarikat korporat terbesar di Malaysia, Naza Group dan Berjaya Group dipercayai selamat dinikahkan dalam satu majlis perkahwinan pada hari ini.
Bagaimanapun menurut laporan portal berita tempatan Astro Awani, setakat ini belum lagi ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat sama ada oleh SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun, dan Chryseis Tan, 30 tahun.
Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang juga abang kepada SM Faliq namun telah memuat naik gambar mereka sah bergelar suami isteri menerusi laman instagramnya.
Gambar yang sama malahan turut dimuat naik isteri SM Nasarudin, Marion Caunter. Pasangan itu sebelum ini telah mengumumkan pertunangan mereka pada 30 Jun tahun lepas menerusi laman media sosial, Instagram.
SM Faliq, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI Sdn. Bhd., sudah lama mengenali Chryseis secara peribadi sejak zaman mereka di ‘bangku sekolah’ lagi.
Melalui penghantaran status terkini di akaun Instagram milik Chryseis pula bahkan telah memberikan gambaran yang beliau dan pasangan bakal mendirikan rumah tangga menerusi muat turun gambar dan kapsyen.
Perkahwinan dua mempelai pada Jumaat penuh berkat ini bukan sahaja menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara, malah membentuk konglomerat paling besar di Malaysia, khususnya dalam bentuk aset.
Ini mungkin berlaku sekiranya terdapat usaha penyatuan kepentingan korporat antara Naza Group dan Berjaya Group termasuk penggabungan entiti perniagaan kedua-dua buah syarikat tempatan berkenaan.
Anak bongsu Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu telah mengikat tali pertunangan semasa mereka bercuti di Marrakesh, Maghribi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Demikianlah Artikel #TAHNIAH ~ Waris Naza Dan Berjaya Selamat Dinikahkan?
Sekianlah artikel #TAHNIAH ~ Waris Naza Dan Berjaya Selamat Dinikahkan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #TAHNIAH ~ Waris Naza Dan Berjaya Selamat Dinikahkan? dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2018/02/tahniah-waris-naza-dan-berjaya-selamat.html
Loading...
0 Response to "#TAHNIAH ~ Waris Naza Dan Berjaya Selamat Dinikahkan?"
Post a Comment