Loading...

#PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial

#PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial
link : #PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial

Baca juga


#PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial

Makin hari, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin dekat. Para pemimpin politik sudah mula tidak duduk diam. Masing-masing sudah mengatur strategi untuk menawan pengundi. Komunikasi bersemuka semakin kerap dilakukan. Ini dapat dilihat melalui pelbagai program turun padang untuk mendengar dan mengatasi masalah rakyat.

Wakil rakyat yang dahulu susah hendak nampak batang hidung kini mula muncul di pasar, di gerai-gerai dan berjalan kaki dari kedai ke kedai untuk `mengingatkan’ pengundi supaya pilih mereka sekali lagi.

Biasanya ini merupakan perangai wakil rakyat bidan terjun. Asal dari tempat lain tetapi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen lain. Akibatnya, selepas menang terus hilang dan muncul semula ketika musim pilihan raya.

Komunikasi bersemuka ini penting dalam mendekati dan memperkenalkan diri kepada pengundi. Dan ini sudah menjadi amalan sejak pilihan raya pertama di adakan di negara ini pada tahun 1955.

Namun, wajah kempen pilihan raya mula berubah secara dramatic dengan terciptanya internet dan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Jika dahulu propaganda-propaganda kempen ditaburkan melalui kempen bersemuka dan media-media massa terutama radio, televisyen dan akhbar, kini internet merupakan medium yang cukup luar biasa dalam menentukan keputusan pilihan raya.

Hari ini berjuta-juta mesej, propaganda dan kempen `ditaburkan’ di internet tanpa ada sebarang tapisan. Propaganda ini berlarutan hingga kepada penyebaran fitnah, berita palsu dan pelbagai perkara jelek lain yang sebahagian besarnya amat mempengaruhi pengundi.

Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan platform yang cukup popular yang paling kerap digunakan oleh tentera-tentera propaganda politik tanpa mengira masa.

Bagi para pemimpin Barisan Nasional (BN) istilah Red Bean Army tentunya masih terngiang-ngiang di telinga dan bermain-main di kepala yang mana ia merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada tsunami politik pada PRU13.

Maksudnya apa? Jika mahu berjaya dalam pilihan raya akan datang, kepentingan media sosial tidak boleh dipandang enteng.

Anggapan atau tanggapan bahawa itu hanya untuk orang muda hanya akan mengundang padah.

Setiap jentera parti perlu mahir `bermain’ dengan media sosial tanpa mengira umur. Mereka yang menjadi calon pula terutamanya mesti bijak menempatkan diri dalam ruang siber ini.

Kita kena berpijak di bumi yang nyata. Hari ini berapa kerat lagi orang yang sanggup memberi akhbar dari warung-warung di tepi jalan dan menelaahnya? Berapa lagi pula yang sanggup klik di www.yyy.com untuk mendapatkan berita?

Kita sendiri sudah tidak berbuat demikian? Kenapa? Sebab kita mahukan sesuatu maklumat itu sampai ke hujung jari kita melalui telefon bimbit dan gajet-gajet komukasi yang semakin canggih sekarang ini.

Masyarakat sekarang mengakses maklumat melalui Facebook, twitter, Instagram, weechat, Line, Snapchat dan sebagainya.

Jika maklumat, aktiviti, perkembangan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan calon dan parti tidak disebarkan secara aktif melalui media sosial ini maka sudah tentu parti itu akan ketinggalan.

Malah PRU14 juga menyaksikan perang persepsi yang disebar luas melalui media sosial. Segala cerita-cerita negatif tentang dasar dan pemimpin kerajaan semuanya disebarkan melalui media sosial.

Gagal menguasai media sosial bermakna parti politik terbabit tewas dalam perang persepsi ini yang seterusnya boleh membawa kepada kekalahan pada pilihan raya.

Perlu diingat bahawa penggunaan media sosial dalam politik secara dramatiknya telah mengubah cara kempen dijalankan.

Siapa yang perlukan media konvensional jika maklumat yang disebarkan melalui media sosial boleh sampai kepada berjuta-juta orang dalam masa yang singkat.

Ini bukan bermakna media tradisional sudah tidak ada peranan dalam kempen pilihan raya. Peranan radio, televisyen dan akhbar masih ada, tetapi, impak media sosial jauh lebih besar.

Melalui media sosial, pengurusan kempen dan imej calon boleh dilakukan secara masa nyata dengan kos yang sangat rendah.

Ingatlah, jika mahu berjaya pada PRU14 jangan segan silu untuk bergaul di media-media sosial. Perlu selalau ada engagement di media-media sosial antara wakil rakyat dengan pengundi supaya mereka boleh mendapat maklumat secara terus.

Malah, pengundi juga boleh berinteraksi secara langsung dengan wakil rakyat atau calon yang akan bertanding. Kesempatan ini sudah tentu dapat digunakan untuk membersihkan persepsi-persepsi buruk dan finah yang tersebar.

Manfaatkan sebaik-baiknya kewujudan media sosial ini jika mahu terus kesinambungan dalam politik dan menang dalam pilihan raya.

Fakta tidak pernah berbohong. Berdasarkan laporan Reuters, pada tahun 2016 pengguna internet di Malaysia meningkat kepada 26.5 juta orang berbanding 24.1 juta pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 89.3 peratus adalah pengguna media sosial. Angka ini cukup besar. Aplikasi tertinggi digunakan penduduk Malaysia adalah Facebook iaitu 58 peratus diikuti Whatsapp (51 peratus), Youtube (26 peratus) dan WeChat serta Instagram masing-masing 13 peratus.

Pemilik akaun Twitter pula meningkat 13.7 peratus tahun 2016 berbanding hanya 5.1 peratus pada 2015 dengan Instagram merekodkan peningkatan pemilik akaun paling ketara sebanyak 36.4 peratus dengan jumlah pada 2016 seramai 12.3 juta.

Bayangkan jika satu maklumat disebarkan melalui facebook, twitter dan Instagram ia akan sampai kepada berapa juta orang?

Sebab itu media sosial telah menjadi medium propaganda yang sangat berkesan dalam PRU14 ini.

Angka-angka yang ditunjukkan cukup jelas bagaimana pengundi-pengundi di Malaysia sekarang menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan utama mereka.

Perlu juga diingat bahawa daftar pemilih yang diluluskan untuk PRU14 mempunyai jumlah pengundi baharu yang cukup besar dan majority mereka adalah pengguna tegar media sosial. Golongan ini bergantung kepada media sosial sepenuhnya untuk mendapatkan apa juga maklumat termasuk siapa calon yang akan mereka undi pada pilihan raya nanti.

Jadi, mereka yang bijak memanfaatkan media sosial akan lebih dikenali dan lebih mudah untuk mendekati pengundi.

Kegagalan memanfaatkan `kebangkitan’ media sosial ini boleh menyebabkan parti tewas pada PRU14. – theRakyat

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial

Sekianlah artikel #PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2018/01/pru-14-kalau-nak-menang-jangan-segan.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "#PRU 14 ~ Kalau Nak Menang Jangan Segan Silu Guna Media Sosial"

  1. Mohon dimaafkan sebelumnya....!! terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak dan suami di tinggal di kampung. Sy dulu 4 tahun 5 bulan tinggal di Taichung Taiwan.. hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap. tp tdk ada hasilnya sm sekali. Cuman gali lobang tutup lobang trus. dulu.. pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak ada yg tau. Yg penting kita betul-betul yakin dan percaya Pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhanlah yg menentukan. Kebetulan waktu itu sy istirahat di kamar buka facebook dapt nmor telpon Mbah Suroto di halaman tki sukses. setelah sy baca ternyata beliau murid Eyang Guru Jugo dari gunung kawi. dengan adanya Pesugihan Dana Ghaib ini dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 2D sampai 6D pilihan..., sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib saja karna tidak ada tumbal menumbal. alhamdulillah ternyata benar2 terbukti hasil nya dari Mbah. skrg sy bsa buka usaha kecil-kecilan di rumah.. ya allah terima kasih rejekimu ini yg enkau berikan. Mungkin ada teman pengen merubah nasib nya seperti sy. ini nomr nya Mbah Suroto +6282291277145 karna tidak ada salahnya kita berbagi. sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di perantauan. Trmksh

    ReplyDelete