Loading...
link : #KESIHATAN ~ KKM Sentiasa Pantau Ubat Tak Berdaftar Jual ‘Online’
#KESIHATAN ~ KKM Sentiasa Pantau Ubat Tak Berdaftar Jual ‘Online’
JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penjualan ubat-ubatan yang tidak berdaftar di negara ini, termasuk yang dijual secara dalam talian.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Dr. Salmah Bahri berkata pemantauan dilakukan melalui pelbagai medium laman sosial, selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Beliau berkata sebuah unit digital forensik juga telah ditubuhkan sejak 2013 bagi tujuan sama.
“Hasil dapatan, ubat seperti ubat kecantikan dan ubat kuat yang diambil dari luar negara termasuk China dan India, bagaimanapun masih lagi berada dalam keadaan terkawal.
“Pun begitu, pengguna dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sebarang ubat itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) Persiaran Tanjung, Tampoi di sini, hari ini.
Dr. Salmah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan penjualan ubat tidak berdaftar.
Mengenai perasmian pusat itu, beliau berkata ia telah beroperasi sejak Jun tahun lepas bagi membantu meningkatkan kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan mereka.
Katanya selain dilengkapi kemudahan farmasi pandu lalu, ia juga mempunyai perkhidmatan farmasi dan pembekalan ubat susulan.
Selain itu, ia juga berperanan sebagai tempat kutipan lesen atau pun permit racun yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri.
Setakat ini, perkhidmatan tersebut telah dimanfaatkan oleh lebih daripada 1,000 pesakit. – BERNAMA

Demikianlah Artikel #KESIHATAN ~ KKM Sentiasa Pantau Ubat Tak Berdaftar Jual ‘Online’
Sekianlah artikel #KESIHATAN ~ KKM Sentiasa Pantau Ubat Tak Berdaftar Jual ‘Online’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #KESIHATAN ~ KKM Sentiasa Pantau Ubat Tak Berdaftar Jual ‘Online’ dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2018/01/kesihatan-kkm-sentiasa-pantau-ubat-tak.html
Loading...
0 Response to "#KESIHATAN ~ KKM Sentiasa Pantau Ubat Tak Berdaftar Jual ‘Online’"
Post a Comment