Loading...
link : #TULAR ~ Miss Iraq diugut bunuh kerana berswafoto dengan Miss Israel
#TULAR ~ Miss Iraq diugut bunuh kerana berswafoto dengan Miss Israel
Gara-gara berswafoto dengan peserta dari Israel, Sarah Idan yang mewakili Iraq dalam pertandingan Miss Universe tahun ini menerima ancaman bunuh.
Sarah mendedahkan perkara itu selepas memuat naik gambar bersama Adar Gandelsman di akaun Instagram miliknya 13 November lalu.
Menurut Sarah, 27, ugutan bukan saja dilemparkan terhadap dirinya tetapi seluruh keluarga, menyebabkan mereka merancang untuk meninggalkan negara itu.
Kontroversi itu bermula sebaik Sarah memuat naik gambar beserta kapsyen: “Aman dan cinta dari Miss Iraq dan Miss Israel.”
“Saya kata (kepadanya), mari bergambar supaya rakyat kita dapat melihat kita tiada sebarang masalah dan kitalah duta untuk keamanan,” katanya.
Sarah berkata dia turut diugut bunuh kerana memakai bikini dalam salah satu acara pertandingan berkenaan, namun ancaman bergambar dengan Miss Israel itu lebih serius.
Iraq dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dan kerana itu gambar kontroversi tersebut mencetuskan bantahan antarabangsa.
"Apabila saya menyiarkan gambar itu saya tak terfikir panjang akan menerima kesannya. Saya terjaga apabila mendapat panggilan dari keluarga saya dan organisasi Miss Iraq yang gila. Ancaman bunuh yang saya terima di atas talian sangat menakutkan."
Mengulas lanjut, Sarah memberitahu organisasi Miss Iraq turut mengancam melucutkan gelaran dimilikinya sekiranya dia tidak memadamkan gambar itu dari atas talian.
Bagaimanapun, organisasi berkenaan menafikan dakwaan terbabit.
“Mengenai bergambar dengan Miss Israel, kami menerima banyak bantahan tetapi tidak akan melucutkan gelarannya. Kami cuma beritahu dia supaya jelaskan apa terjadi," kata organisasi itu.
Pertandingan Miss Universe dijadual berlangsung lagi enam hari ketika Sarah menerima ugutan pertama.
Sarah bagaimanapun mengambil keputusan meneruskan pertandingan tetapi gagal melayakkan diri dan memutuskan untuk pulang semula ke Los Angeles.
Untuk rekod, ini adalah kali pertama selepas 45 tahun, Iraq menghantar wakilnya untuk menyertai pertandingan Miss Universe.
Sarah memiliki dua taraf kerakyatan iaitu sebagai warganegara Amerika Syarikat dan Iraq.
Menurut Sarah, dia kecewa dengan kerajaan Iraq yang didakwa mengambil sikap berdiam diri terhadap ugutan itu.
"Saya di sini untuk memberi gambaran yang baik mengenai negara dan rakyat kami, tetapi sebaliknya mendapat respon negatif. Saya tidak mendapat sokongan daripada Organisasi Miss Iraq dan kerajaan kami," katanya.[Mkini]
Demikianlah Artikel #TULAR ~ Miss Iraq diugut bunuh kerana berswafoto dengan Miss Israel
Sekianlah artikel #TULAR ~ Miss Iraq diugut bunuh kerana berswafoto dengan Miss Israel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #TULAR ~ Miss Iraq diugut bunuh kerana berswafoto dengan Miss Israel dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/12/tular-miss-iraq-diugut-bunuh-kerana.html
Loading...
0 Response to "#TULAR ~ Miss Iraq diugut bunuh kerana berswafoto dengan Miss Israel"
Post a Comment