Loading...

#TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta

#TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta
link : #TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta

Baca juga


#TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta

MELAKA – Begitu pahit untuk ditelan, namun kisah si Tanggang versi moden sememangnya berlaku di alam realiti, dan ia menimpa seorang warga emas yang kini menagih simpati daripada tujuh anak kandungnya sendiri.

Memetik Sinar Harian, Daut @ Kassim Jali, 84, yang kini mengalami angin ahmar didakwa dianiayai tujuh anaknya itu selepas beliau menyerahkan kesemua aset bernilai lebih RM4 juta.

Menurut Daut, beliau dahulu pernah berstatus jutawan dengan memiliki perniagaan tiga buah stesen minyak, ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan dua ladang tanaman sawit.

Atas rasa sayang dan percayakan anak-anak, Daut menyerahkan semua yang dimiliki beliau kepada ketujuh-tujuh anaknya yang berusia 41 tahun hingga 58 tahun untuk menyambung legasi perniagaan yang diusahakan sejak tahun 70-an.

Namun malangnya, Daut berkata, ia tidak seperti yang diharapkan olehnya apabila kesemua anaknya itu didakwa bukan sahaja ‘lupa daratan’ malah turut mengabaikan tanggungjawab mereka menyebabkan beliau terpaksa mengharapkan belas simpati daripada anak-anak tiri dan isteri kedua di Masjid Tanah, di sini.

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya kini.

“Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya,” katanya, dipetik akhbar tersebut.

Difahamkan juga sebuah rumah yang dibeli dengan harga RM600,000 di Cheras, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000, serta akaun simpanan semasa syarikat bernilai RM100,000 turut beralih tangan.

Daut yang hadir bersama peguam di Pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) negeri di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini, semalam turut tidak dapat menahan sebak apabila mengenang perbuatan anak-anak kepada beliau.

Masih segar di ingatan, Daut berkongsi peristiwa dihina oleh anak perempuannya sendiri empat tahun lalu ketika beliau singgah ke stesen minyak yang diusahakan anaknya itu kerana kehabisan minyak kereta.

“Ingat lagi satu ketika sewaktu kereta habis minyak, saya ke stesen minyak yang diusahakan anak tetapi tidak diendahkan.

“Anak saya tak bagi saya isi minyak. Dua jam saya tunggu, dimakinya pula. Padahal stesen itu saya yang usahakan dulu,” kata Daut.

Peguamnya, Mohd. Adli Ithnin berkata, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka sebelum mahkamah memutuskan hak tanah perusahaan reban ayam seluas 10 ekar perlu diserahkan sepenuhnya kepadanya.

Bagaimanapun katanya, pada September lalu, anak-anak Daut mengambil semula kedua-dua lot tanah dan perniagaan ayam daripada bapanya menyebabkan warga emas itu hilang sumber pendapatan.

“Sedangkan pada masa kini beliau terpaksa membeli keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang serta perbelanjaan lain yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,000.

“Justeru, dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” katanya.

Sementara, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz melihat perkara ini sebagai tidak wajar berlaku kerana anak-anak seharusnya menjaga ibu bapa mereka, ditambah pula dalam keadaan kesihatan orang tua yang tidak mengizinkan.

“Selama ini ayah telah berkorban untuk meningkatkan ekonomi anak-anak dengan tanpa usaha anak itu sendiri.

“Hari ini dengan berlandas usaha ayah, anak-anak ini berjaya di dalam bidang perniagaan masing-masing. Apa salahnya memberi sedikit sumbangan bulanan pada ayah?,” Amir dipetik sebagai berkata.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta

Sekianlah artikel #TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/12/tanggang-moden-7-anak-kandung-abai-bapa.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "#TANGGANG MODEN ~ 7 Anak Kandung Abai Bapa Lepas Dapat Aset Lebih RM4 Juta"

Post a Comment