Loading...

#BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim

#BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim
link : #BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim

Baca juga


#BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim

Anwar dan Papa Gomo

KUALA LUMPUR - Blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akhirnya membayar ganti rugi berjumlah RM951,260.30 kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memenangi kes saman fitnah terhadap blogger itu, tiga tahun lepas.

Peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakili Wan Muhammad Azri memberitahu pemberita bahawa anak guamnya membayar RM950,000 dalam bentuk bank draf dan RM1,260 dibayar tunai menggunakan wang not RM1 serta 30 sen kepada Anwar ketika pendengaran petisyen kebankrapan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Husna Dzulkifli hari ini.

“Esok ditetapkan untuk pengurusan kes bagi pihak Anwar menarik balik petisyen kebankrapan terhadap Wan Muhammad Azri selepas anak guam saya selesai membayar ganti rugi berkenaan,” kata peguam itu yang turut memaklumkan Wan Muhammad Azri sepatutnya membayar ganti rugi berjumlah RM951,260.27 kepada Anwar.

Anwar memfailkan petisyen kebankrapan terhadap Wan Muhammad Azri pada 30 Jun lepas, berikutan kegagalan blogger itu membayar ganti rugi kepada Anwar.

Prosiding di dalam kamar itu dihadiri Wan Muhammad Azri dan peguam Latheefa Koya serta J Leela mewakili Anwar.

Sementara itu, Wan Muhammad Azri berkata beliau mendapat sumbangan daripada ahli Umno Bahagian Wangsa Maju dan juga penyokongnya untuk membayar ganti rugi berkenaan kepada Anwar dengan mengadakan kutipan selama tiga bulan.

“Sebelum ini, saya cuba minta kepada peguam yang mewakili Anwar untuk membayar ganti rugi secara ansuran tetapi ditolak.

"Akhirnya, selepas perkara ini diuar-uarkan di media sosial saya, termasuk Instagram dan Twitter, saya dapat menjelaskan bayaran itu hari ini dengan bantuan penyokong dan ahli Umno Wangsa Maju,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.

Pada 28 Februari 2014, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada plaintif berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Pada 26 Julai 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Wan Muhammad Azri bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Anwar manakala Mahkamah Rayuan pada 4 Dis 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Anwar memfailkan saman pada 21 Mac 2013 bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan artikel yang mengandungi perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com secara berturut-turut antara 16 dan 20 Mac 2013. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim

Sekianlah artikel #BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/12/berjaya-papa-gomo-akhirnya-bayar-ganti.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "#BERJAYA ~ Papa Gomo akhirnya bayar ganti rugi kepada Anwar Ibrahim"

Post a Comment