Loading...

#BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan

#BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan
link : #BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan

Baca juga


#BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan

Permohonan dan kemaskini BR1M untuk tahun 2018 akan mula di buka bermula pada 5 sehingga 31 Disember 2017 (tertakluk kepada pindaan) bagi isi rumah berpendapatan kasar RM4,000 dan ke bawah.

Setiap permohonan BR1M hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan untuk menerima bantuan BR1M bagi tahun 2018.

-Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA.

-Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga kepada isi rumah/ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4, 000 dan ke bawah.

Siapa yang layak memohon BR1M 2018?

-Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4, 000 dan ke bawah.
-Bujang (berumur 21 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2, 000 dan ke bawah.
-Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2018.
-Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK memohon.

Bagaimana cara untuk memohon BR1M 2018?

Cara permohonan BR1M 2018 melalui 2 cara iaitu:

Permohonan online melalui portal rasmi e-BR1M
http://ift.tt/PIAy0l

Permohonan hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan anda disarakan untuk mencetak salinan permohonan sebagai rekod.

Aplikasi e-BR1M 2018 tidak direka untuk capaian peranti mudah alih.

Permohonan melalui borang

Dapatkan borang secara percuma di Portal rasmi BR1M LHDNM atau Cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM.

Dimanakah borang kemaskini dan permohonan baru BR1M 2018 yang telah lengkap perlu dihantar?

Anda boleh menghantar borang BR1M 2018 ke kaunter-kaunter berikut:

-Cawangan LHDNM
-Pusat Khidmat Hasil (PKH).
-Urban Transformation Centre (UTC).
-Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
-Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
-Pejabat Daerah, Pejabat Residen.

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah TIDAK DITERIMA.

Apa dokumen yang perlu dihantar bersama Borang BR1M 2018?

Salinan dokumen sokongan pemohon, pasangan, tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah:

-MyKad, MyPR, MyKid, Passport, Sijil Lahir.
-Sijil Perceraian pemohon.
-Sijil Kematian pasangan bagi pemohon berstatus ibu, bapa tunggal, balu, janda, duda.
-Sijil Perceraian.
-Sijil Kematian ibu atau bapa tanggungan.
-Sijil Lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan).

Adakah anda perlu mengemukakan salinan pengenalan pasangan atau tanggungan jika telah berbuat demikian semasa BR1M 2017?

Tidak perlu sekiranya tiada perubahan kecuali pasangan, tanggungan menggunakan pengenalan passport.

Salinan pengenalan passport yang lengkap boleh dihantarkan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM.

Bagaimanakah hendak mengemukakan dokumen sokongan jika anda telah menyerahkan Borang BR1M 2018?

Anda boleh mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2018 (BK-17) dan serahkan borang tersebut bersama dokumen sokongan ke cawangan LHDNM. Borang boleh didapati di portal rasmi e-BR1M. (http://ift.tt/PIAy0l)

Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Permohonan BR1M 2018 sebagai rekod penyerahan.

Penghantaran secara faks dan emel TIDAK DITERIMA.

Adakah anda perlu mengemukakan dokumen sokongan jika telah membuat Permohonan BR1M 2018 secara online?

Ya. Anda perlu menghantar dokumen sokongan sekiranya terdapat paparan mesej Peringatan Penghantaran Salinan Dokumens Sokongan semasa membuat permohonan online.

Hantar dokumen sokongan ke cawangan LHDNM.

Adakah anda boleh mengemaskini permohonan secara online sekiranya telah membuat permohonan dan menghantar dokumen sokongan secara manual?

Tidak. Kemaskini secara online adalah tidak dibenarkan sekiranya telah berbuat demikian secara manual kerana kemasukan data ke dalam sistem BR1M telah dilakukan oleh LHDNM.

Anda hanya perlu mengemukakan semula Borang BR1M 2018 untuk kemaskini selanjutnya di cawangan LHDNM yang terdekat.

Adakah penerima BR1M 2017 perlu memohon semula?

Tidak perlu. Penerima BR1M 2016 hanya perlu mengemaskini maklumat terkini pemohon BR1M 2018 secara online di portal rasmi e-BR1M LHDNM (http://ift.tt/PIAy0l) atau mengisi Borang BR1M 2018.

Saya adalah penerima BR1M 2017. Adakah saya perlu mengemaskini permohonan BR1M 2018 sekiranya tiada maklumat untuk dikemaskini?

Penerima BR1M 2016 yang tiada maklumat untuk dikemaskini digalakkan untuk mengisi semula Borang BR1M 2018.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda berkemungkinan tidak diproses (tertakluk kepada arahan MOF).

Jika penerima BR1M 2017 telah meninggal dunia, adakah ahli isi rumah atau waris layak menerima BR1M 2018?

Tidak. Isi rumah atau waris tidak layak menerima BR1M 2018 kerana penerima BR1M 2017 telah meninggal dunia. Isi rumah atau waris perlu membuat Permohonan Baru BR1M 2018 sekiranya layak.

Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2017. Adakah saya boleh membuat Permohonan BR1M 2018 sekiranya nama saya telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami saya semasa permohonan BR1M 2017?

Boleh. Anda perlu membuat Permohonan Baru BR1M 2018 dengan status ibu, bapa tunggal, balu, janda, duda dan masukkan tarikh perceraian.

Salinan sijil perceraian yang sah perlu dikemukakan ke cawangan LHDNM yang terdekat.

Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2017 dan telah berkahwin semula baru-baru ini. Adakah suami saya sekarang boleh memasukkan nama saya sebagai pasangan di dalam borang BR1M 2018 sekiranya nama saya masih dikekalkan sebagai pasangan dalam permohonan BR1M 2017 bekas suami saya?

Boleh. Suami anda sekarang boleh memasukkan nama anda sebagai pasangan. Namun, anda perlu mengemukakan Sijil Perceraian dengan bekas suami dan Sijil Perkahwinan yang baru dan maklumkan kepada cawangan LHDNM semasa penyerahan borang permohonan BR1M bagi membolehkan kemaskini dibuat ke atas permohonan bekas suami anda.

Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2017 tetapi telah menghilangkan diri. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?

Anda perlu mengemukakan laporan polis berkenaan pasangan yang menghilang diri bagi membatalkan permohonan pasangan di cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2018.

Anda boleh membuat Permohonan Baru BR1M 2018 dengan status kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).

Pasangan merupakan penerima BR1M 2017 tetapi telah dipenjarakan. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?

Anda perlu mengemukakan surat pengesahan penjara bagi membatalkan permohonan pasangan di cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2018.

Anda boleh membuat Permohonan Baru BR1M 2018 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).

Bagaimanakah kiraan jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan pada Borang BR1M 2018?

Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun tetap kecuali bonus bagi semua isi rumah.

Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa permohonan BR1M 2018?

Anda disarankan untuk mengisi nombor akaun bank bagi memudah dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, anda perlu menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian boleh dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Apakah akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika permohonan BR1M 2018?

Sila Rujuk Senarai Bank Yang Terlibat Dengan Pembayaran BR1M 2018

Adakah saya boleh memohon BR1M 2018 menggunakan kad pengenalan lama?

Permohonan BR1M 2018 mewajibkan penggunaan MyKad sahaja. Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad.

Saya bukan warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon BR1M 2018?

Tidak. Bantuan ini hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja.

Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak memohon BR1M 2018?

Tidak. Bantuan ini adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak membuat permohonan BR1M dengan menggunakan alamat surat-menyurat di Malaysia?

Tidak. Jika anda didapati memberikan maklumat yang tidak benar ketika permohonan dibuat, anda dengan ini disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan juga boleh dikenakan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.

Bagaimana cara untuk mengetahui status permohonan BR1M 2018?

Pemakluman mengenai status permohonan BR1M 2018 adalah seperti berikut:

Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon;

-Portal rasmi BR1M LHDNM (http://ift.tt/PIAy0l)
-Melalui emel berdasarkan alamat emel diberikan semasa permohonan terutama permohonan yang berstatus tidak lulus;
-Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MOF: 03-8882 4546, 4566; atau
-Hadir sendiri ke cawangan LHDNM, PKH LHDNM, UTC LHDNM.

Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BR1M 2018?

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini dengan membuat pertanyaan atau aduan di:

-Portal rasmi BR1M LHDNM
-Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MOF: 03-8882 4565, 4566; atau
-Hadir sendiri ke cawangan LHDNM, PKH LHDNM, UTC LHDNM.

Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya seseorang memberikan maklumat palsu BR1M 2018?

Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.

Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan BR1M 2018. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan laporan tersebut bersama ke cawangan LHDNM untuk tindakan selanjutnya:

-salinan pengenalan (isi rumah).
-sijil perkahwinan, sijil kematian, sijil perceraian (jika berkaitan).

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya telah disenarai hitam oleh MOF?

Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M, MOF seperti berikut:

Sekretariat BR1M,
Pejabat Belanjawan Negara,
Aras 6 Blok Utara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
No.5 Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.

Hotline BR1M MOF: 03-8882 4565, 4566
Emel: br1m@treasury.gov.my

5 PUNCA PERMOHONAN BRIM 2018 TIDAK LULUS

1. Tidak kemaskini permohonan

Semua penerima yang sedia ada BRIM diwajibkan melakukan kemaskini di laman rasmi BRIM.

http://ift.tt/PIAy0l

Gagal membuat demikian akan menyebabkan anda gagal dalam mendapatkan duit BRIM.

2. Maklumat peribadi yang tidak lengkap

Pemberian maklumat peribadi wajib dibuat online setiap tahun kerana kemungkinan terdapat perubahan contohnya gaji bulanan, status perkhawinan dan lain-lain.

Sila pastikan juga nombor akaun bank yang diberi padan dengan nama di nombor kad pengenalan.

3. Permohonan berkali-kali dalam sebuah keluarga

Jikalau terdapat permohonan yang berlebihan dalam sebuah keluarga, salah satu pihak akan digugurkan.

Contohnya pihak isteri tidak perlu lagi membuat permohonan jikalau pihak suami telahpun menghantarkan permohonan atau kemaskini.

4. Maklumat tangungan dan pasangan yang tidak tepat atau tidak diisi

Maklumat tangungan penting biarpun pemohon seorang yang bercerai. Jangan tinggalkan ruang pasangan sekiranya pemohon ingin berdaftar bagi sebuah keluarga.

5. Penyata gaji

Sila menyediakan penyata gaji terutamanya kepada yang bekerja di syarikat swasta. Dokumen yang lain juga diperlukan seperti surat pengesahan penceraian dan kematian pasangan.

Rayuan masih boleh dibuat walaupun pengagihan kelompok pertama telah diagih, sila berkunjung ke pusat LHDN untuk menghantarkan borang rayuan.

Semoga memberi manfaat.

Sumber :Sentiasa Panas

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan

Sekianlah artikel #BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/11/br1m-2018-panduan-kemaskini-dan.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "#BR1M 2018 ~ Panduan Kemaskini Dan Permohonan"

Post a Comment