Loading...
link : #VIDEO ~ Las Vegas Gempar Dengan Serangan Berdarah
#VIDEO ~ Las Vegas Gempar Dengan Serangan Berdarah
Lebih 50 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam kejadian tembakan di satu konsert di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas. –Foto AFP
LAS VEGAS - AMERIKA SYARIKAT. Lebih 50 terbunuh manakala 200 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah ribuan pengunjung sebuah konsert di Las Vegas dalam kejadian serangan paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).
Syerif Polis Metro Las Vegas, Joseph Lombardo memaklumkan lelaki bersenjata yang telah ditembak mati pihak berkuasa itu warga tempatan dikenali sebagai Stephen Paddock, 64, dari Mesquite, Nevada.
"Paddock telah melepaskan tembakan dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay. Beberapa senjata api turut ditemui bersama suspek yang menginap di hotel terbabit.
"Polis juga berjaya mengesan rakan wanita suspek, Marilou Danley, 62, dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif serangan ganas itu.
"Hasil siasatan awal kami mendapati dia tiada kaitan dengan keganasan, namun latar belakangnya masih disiasat," jelasnya yang mengesahkan penyerang bertindak secara bersendirian.
Rakaman video yang dimuat naik secara dalam talian menunjukkan pengunjung konsert panik dan bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas dihujani tembakan dipercayai daripada senjata automatik.
Susulan kejadian itu, Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas turut menghentikan sementara operasi di premis terbabit. - Agensi
Demikianlah Artikel #VIDEO ~ Las Vegas Gempar Dengan Serangan Berdarah
Sekianlah artikel #VIDEO ~ Las Vegas Gempar Dengan Serangan Berdarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #VIDEO ~ Las Vegas Gempar Dengan Serangan Berdarah dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/10/video-las-vegas-gempar-dengan-serangan.html
Loading...
0 Response to "#VIDEO ~ Las Vegas Gempar Dengan Serangan Berdarah"
Post a Comment