Loading...

#SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock?

#SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock? - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock?
link : #SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock?

Baca juga


#SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock?

Serangan di hotel Las Vegas yang membunuh 59 orang serta mencederakan lebih 500 orang. – Foto EPA

LAS VEGAS - AMERIKA SYARIKAT. Pihak berkuasa mengenal pasti Stephen Paddock sebagai penyerang di hotel Las Vegas yang membunuh 59 orang serta mencederakan lebih 500 orang dalam satu serangan paling dahsyat di sini lapor CBS News.

Paddock, 64 mula menembak melalui tingkap bilik di tingkat 32 Mandalay Bay Resort selepas jam 10 malam waktu tempatan, Ahad.

Pasukan Swat menemui Paddock tidak bernyawa di biliknya, dipercayai membunuh diri.

Polis berkata, Paddock mempunyai sekurang-kurangnya 16 senjata api di bilik hotel tersebut dan telah menetap di sana sejak 28 September lalu manakala 18 senjata lagi berserta peluru, bahan letupan dan elektronik ditemui di rumahnya di Mesquite, Nevada.

Ejen Khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Aaron Rouse mengesahkan serangan ini tiada kena mengena dengan pengganas.

"Motif serangan masih lagi dalam siasatan dan serangan ini tiada kaitan dengan pengganas luar negara," katanya ketika sidang media.

Sementara itu,adik Paddock, Eric berkata kepada pemberita bahawa dia terkejut dengan perkhabaran berita tersebut.

"Saya sangat terkejut dengan tindakan dia, serangan ini tiada kaitan dengan agama ataupun politik. Memang dia mempunyai beberapa senjata api tetapi itu semuanya sah," katanya.

Rekod menunjukkan Paddock merupakan pemburu berlesen dan turut mempunyai lesen memandu pesawat kecil.

[ARTIKEL BERKAITAN: #VIDEO ~ Las Vegas Gempar Dengan Serangan Berdarah]

Dalam pada itu, Eric mengesahkan bahawa bapa penyerang adalah seorang perompak bank yang dikehendaki FBI selama lapan tahun selepas melarikan diri daripada penjara pada tahun 1969, Benjamin Hoskins.

Benjamin kekal di dalam senarai paling dikehendaki sehingga tahun 1977 dan dia meninggal dunia pada tahun 1998.

Difahamkan Paddock tidak mempunyai sebarang rekod jenayah melainkan beberapa sebutan kes di mahkamah beberapa tahun lalu yang telah diselesaikan.

Rekod mahkamah turut menunjukkan Paddock pernah menyaman Hotel dan Resort Cosmopolitan di sini mendakwa dia mengalami kecacatan teruk apabila tergelincir jatuh di hotel tersebut.

Bagaimanapun, kes tersebut diselesaikan secara baik setelah kedua-dua pihak mencapai kata penyelesaian.

Pihak polis masih menyiasat motif serangannya, walaupun Daesh mengakui bertanggungjawab pada serangan tersebut, namun tiada bukti.

Pegawai polis memberitahu CBS News bahawa Paddock tidak mempunyai hubung kait dengan kumpulan militan tersebut.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock?

Sekianlah artikel #SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock? dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/10/serangan-las-vegas-siapa-stephen-paddock.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#SERANGAN LAS VEGAS ~ Siapa Stephen Paddock?"

Post a Comment