Loading...

#SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan

#SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan
link : #SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan

Baca juga


#SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan

Roslee dan anaknya menunjukkan pesanan penebusan hadiah lumayan yang diterima mereka menerusi aplikasi WhatsApp masing-masing.

SABAK BERNAM - Setiausaha Masjid Kampung Ubudiah, Kampung Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, di sini, menggesa sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di negara ini menyiasat penyebaran maklumat palsu yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kononnya menjanjikan hadiah lumayan.

Roslee Hashim, 50, berkata, penyebaran maklumat palsu itu dikirimkan individu tidak bertanggungjawab ke akaun WhatsApp peribadinya sebanyak dua kali.

Menurutnya, kali pertama dia menerima kiriman mesej itu pada 27 September lalu pada jam 4.26 pagi.

“Bila buka WhatsApp saya terkejut sebab dapat mesej kononnya sim kad saya terpilih dan berjaya jadi jutawan 2017 dan menang bonus ganjaran daripada sebuah syarikat telekomunikasi,” katanya.

Roslee berkata, dia sekali lagi menerima pesanan WhatsApp daripada syarikat telekomunikasi yang sama tiga hari selepas itu.

“Antara kandungan mesejnya mengatakan kononnya sim kad saya berjaya dapat bonus tambah nilai berjumlah RM7,000,” katanya.

Roslee berkata, syarikat telekomunikasi terbabit diminta menyiasat perkara itu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya menghantar kiriman WhatsApp menggunakan alamat syarikat telekomunikasi terbabit.

“Saya yakin ini adalah taktik penipuan terancang dan kita bimbang ada dalam kalangan pengguna yang terpedaya seperti mana kes-kes penipuan sebelum ini,” katanya.

Malah, katanya, seorang anak perempuannya berusia 12 tahun turut menerima kandungan maklumat palsu itu sebulan lebih awal.

“Bila saya dapat mesej ni, anak saya maklumkan dia pun pernah terima mesej sama sebelum ni. Nasib baik dia tak tuntut apa-apa,” katanya.

Katanya, perkara itu diceritakan kepada seorang rakannya dan secara kebetulan anak rakannya itu turut menerima kandungan pesanan yang hampir sama dengan menggunakan nama syarikat telekomunikasi terbabit.

“Mengikut mesej terbabit anak rakan saya terpilih pemenang hadiah ketiga dengan memenangi wang tunai berjumlah RM9,000. Pihak itu juga tunjukkan cara-cara bagaimana tuntut hadiah, tetapi apa yang diarahkan itu amat meragukan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutama golongan remaja dinasihatkan agar tidak terpedaya.

“Modus operandi mereka berubah-ubah. Kalau dulu, mereka guna nama stesen minyak guna SMS, sekarang guna WhatsApp kononnya daripada syarikat telekomunikasi,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan

Sekianlah artikel #SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/10/scam-ramai-terkejut-terpilih-jadi.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#SCAM ~ Ramai terkejut terpilih jadi jutawan"

Post a Comment