Loading...

#KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX

#KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX
link : #KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX

Baca juga


#KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX

Kim Jong Nam berkemungkinan terdedah kepada agen saraf sewaktu diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata seorang pakar patologi ketika menjadi saksi pendakwaan dalam bicara kes bunuh membabitkan abang tiri diktator Korea Utara itu.

Dr Norashikin Othman dari Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur berkata hasil daripada ujian terhadap Jong Nam mengesahkan beliau terdedah kepada agen saraf itu.

“Berdasarkan ujian sampel, mendapati kandungan enzim cholinesterase Jong Nam rendah berbanding lelaki normal lain.



“Manakala, enzim cholinesterase Siti Aisyah dan Doan Thi Huong berada di paras normal,” katanya sewaktu memberi keterangan sebagai saksi ke-5 pendakwaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Norashikin berkata, julat enzim Jong Nam berada di paras 344 unit per liter, lebih rendah dari paras normal lelaki iaitu serendah 5320 sehingga 12,090 unit per liter. Manakala Siti dan Doan masing-masing berada di paras 5,000 unit perliter.

Cholinesterase merupakan enzim di dalam anggota badan yang mengawal otot dan koordinasi pergerakan tubuh badan. Kekurangan enzim berkenaan menyebabkan otot dan jantung gagal berfungsi secara normal.

Katanya lagi, sewaktu ujian kimia dilakukan, beliau turut mendapati anak mata Jong Nam mengecil berbanding biasa dan Norashikin mengesahkan ia disebabkan agen saraf.

“Ya,” kata Norashikin apabila ditanya Timbalan Pendakwa Raya Iskandar Ahmad mengenai kemungkinan Jong Nam terdedah kepada agen saraf berkenaan.

Tambah Norashikin, selain menganggu kawalan otot dan jantung tubuh manusia, ia juga menyebabkan kalenjar peluh seseorang itu tidak terkawal.

“Namun, kesan kepada agen saraf itu boleh berkurangan bergantung kepada beberapa perkara seperti jumlah dos yang digunakan, jangka masa pendedahan dan kadar kontiminasi,” katanya dihadapan Hakim Mahkamah, Datuk Azmi Arifin.

Siti dan Doan sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mereka dituduh di Mahkamah Majistret Sepang atas pembunuhan Jong Nam. Ia berlaku ketika Jong Nam bersiap sedia menaiki pesawat ke Macau pada 9.00 pagi, 13 Februari.

Semasa di klia2, beliau didekati seorang wanita yang menyemburnya dengan cecair, sementara seorang lagi wanita melekapkan kain pada mukanya.

Kematian Jong Nam itu disusuli krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, yang menafikan tuduhan pembabitan regim Pyongyang.

Sementara itu, peguam Gooi Soon Seng yang mewakili Siti ketika ditemui pemberita mempersoalkan bagaimana Siti dan Doan tidak terdedah dengan agen saraf berkenaan.

“Patologis yang hadir memberikan keterangan di mahkamah pada hari ini masih tidak mengesahkan adakah VX agen penyebab kepada kematian Jong Nam, dia (Norashikin) hanya berikan sampel enzim.

“Pendedahan Norashikin itu mengejutkan kami, bagaimana enzim Jong Nam jatuh di tahap rendah namun enzim Siti dan Doan berada di paras normal. Ini bermakna Siti dan Doan tidak terdedah kepada agen saraf berkenaan,” katanya.

Bahkan, menolak kemungkinan sekiranya Siti dan Doan mengambil antidot terlebih dahulu sebelum mendedahkan diri kepada agen saraf berkenaan.[FMT]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX

Sekianlah artikel #KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/10/kes-bunuh-pakar-sahkan-jong-nam.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#KES BUNUH ~ Pakar sahkan Jong Nam diserang agen saraf VX"

Post a Comment