Loading...

#APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran

#APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran
link : #APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran

Baca juga


#APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran

Rakaman lelaki tua kena maki dan pukul dengan jiran guna rotan

SEORANG lelaki tua mengalami pelbagai kecederaan di badan selepas dipukul dan dibelasah menggunakan rotan kerana perbalahan yang berlaku dengan jirannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, lelaki berusia 52 tahun dikatakan telah diserang oleh jirannya akibat perselisihan faham yang berlaku sebelum itu melibatkan mangsa.

Kejadian yang dipercayai berlaku di rumah mangsa dirakam melalui kamera telefon bimbit dan rakaman tersebut yang berdurasi kira-kira satu minit menjadi viral di laman media sosial.

Dalam rakaman itu mangsa yang tidak berbaju telah dipaksa untuk melutut sebelum berulang kali dibelasah oleh jirannya menggunakan sebatang rotan sepanjang kira-kira satu meter.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 10 tahun dalam video itu, dilihat sedang menangis dan merayu-rayu kepada jiran tersebut agar berhenti daripada terus memukul datuknya.

Manakala seorang lagi wanita yang dipercayai merupakan isteri kepada mangsa turut sama kedengaran merayu agar si pelaku berhenti daripada terus memukul suaminya.

Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan di bahagian bahu, peha, punggung, dan betis, menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebelum membuat aduan di Balai Polis Bandar Baru Klang.

Portal NST memetik sumber yang mendakwa, kejadian itu berlaku selepas mangsa memarahi seorang lagi jiran berusia 60 tahun yang datang ke rumahnya dan cuba masuk campur berkenaan isu perbalahan keluarga.

Mangsa dikatakan telah menggunakan bahasa yang kesat terhadap jirannya itu sebelum dia beredar.

Seorang lagi jiran telah pergi ke rumah mangsa dan menegurnya. Dia kemudiannya mengambil sebatang rotan dan mula membelasah mangsa.

"Kejadian itu telah dirakam oleh rakan kepada jiran tersebut dan video itu telah dimuat naik ke media sosial," kata sumber yang dipetik NST.

Tambahnya lagi pihak polis telah merampas rotan dan sedang memburu suspek yang melakukan serangan itu.

Pihak polis telah melawat rumah jiran berkenaan bagi membantu siasatan namun tidak berjaya.

Siasatan kini sedang terus dijalankan dan pihak polis sudah melancarkan pasukan anggota polis untuk memburu jiran tersebut.

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.



Sumber:MiloSuam

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran

Sekianlah artikel #APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/09/apa-kes-video-tular-lelaki-tua-dipukul.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#APA KES ~ Video Tular Lelaki Tua Dipukul Dan Dirotan Jiran"

Post a Comment