Loading...

#PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa

#PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa
link : #PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa

Baca juga


#PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa


Macam mana nak jadikan rumah anda sejuk?

Cara paling mudah adalah dengan pasang alat pendingin hawa. Walaupun boleh dikatakan alat pendingin hawa atau biasa kita panggil aircond saja, dah jadi perkara asas yang semua orang ada kat rumah-rumah di pusat dandar ini, tapi ianya tetap jadi barang mewah kepada sebahagian besar penduduk Malaysia.

Nak pasang alat pendingin hawa saja dah telan belanja. Paling busuk RM1000 akan habis untuk satu unit. Kalau rumah ada 3 bilik, dah nak kena pasang 3 unit. Takkan nak biar bilik mak bapak saja ada aircond dan anak-anak tak ada. Kejam ler pulak macam tu.

Rumah kayu tradisi tak perlu aircond

Kalau rumah kayu berlantai dan berdindingkan papan kat kampung, ikut tradisi pembuatan rumah tradisi Melayu, tepi bendang pulak tu, tak payah nak pasang aircond. Suasana nyaman kampung dengan aliran angin yang sepoi-sepoi bahasa boleh buat terlentuk lena dengan mudah.

Tapi mana ada rumah papan konsep tradisi Melayu kat tengah bandar ni. Rumah dengan dinding banyak tingkap, ada banyak luang laluan udara termasuklah pada lantai kayu yang arang memang tak dibuat orang lagi kat bandar. Malah kat kampungpun orang dah mula lupakan rumah tradisi yang terbukti lebih sesuai dengan cuaca negara kita.

Kalau buat kat bandar rumah macam itu, jenuh nak halang orang mengendap.

Padah tiru rumah orang barat

Kita dah beralih ikut rumah orang barat yang diperbuat daripada batu dan simen. Rumah teres kat bandar hanya ada dua pintu. Satu kat depan dan satu lagi pintu kat belakang. Bilik ada 3 atau 4 sahaja dengan pansung tak ada tingkap pada dinding tepi rumah.

Macam mana nak ada tingkap kat dinding tepi, dinding tu kita kongsikan dengan rumah jiran.

Semua itu membuatkan rumah kita sekarang lansung tak mesra alam. Tak sesuai dengan suasana dan cuaca negara kita. Kalau nakkan rumah yang mesra alam, sejuk dan nyaman, kena cari duit banyak juta-juta baru layak memilikinya. Kalau setakat gaji isi rumah RM10 ribu, anak pula 5 orang, masih tak lepas hidup. Masih tahap kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Majoriti besar orang kita terpaksa berpuas hati duduk kat rumah teres, berkongsikan dinding dengan jiran dan tak ada banyak ruang udara masuk ke dalam rumah. Rumah panas dan sempit dan kalau tak tahan panas kena pasang aircond.


10 cara bagi rumah sejuk

Bagi yang tak ada duit perlu cari pendekatan lain selain dari pasang aircond. Jadi boleh cuba 10 pendekatan ini untuk jadikan rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa.

1-Tutup tingkap dan pintu - jangan benarkan udara panas masuk ke dalam rumah ketika waktu panas antara pukul 11 pagi ke 4 petang. Kalau boleh pasang lapiran pantulan yang boleh pantulkan cahaya terik pada cermin tingkap kat rumah.

2-Pasang penghadang kat balkoni dan tingkap - Jika rumah ada balkoni pasang penghadang dari buluh atau rotan atau material lain untuk menapis terjahan cahaya dan haba masuk ke rumah. Waktu panas terik turunkan penghadang tersebut. Pasang tirai dari kain kapas yang agak tebal yang sesuai yang boleh menghalang cahaya terik masuk ke dalam rumah.

3-Pilih cat yang sesuai - Ilmu sains mudah yang kita dah belajar. Warna gelap serap haba dan warna cerah pantulkan haba. Jadi jangan gatal cat warna gelap kat dinding luar rumah. Putih adalah warna pilihan. Kat dalam rumah pula cat dengan warna yang sejuk seperti biru lembut atau hijau lembut atau lain-lain warna yang sejuk.

4-Pilih bahan lantai yang sejuk - lantai sejuk paling baik adalah dengan pasang tile. Kalau tak mampu, simen kosong saja dah sejuk. Tak perlu pasang lantai kayu lapik atas simen kat rumah. Memang nampak cantik, tapi kayu tu akan serap haba dan rumah akan jadi panas. Rumah kampung bertiang lainlah.

5-Bela pokok di luar dan dalam rumah - pokok akan keluarkan oksigen dan bantu bersihkan udara. Bila ada pokok hidup dalam rumah, ini akan bantu segarkan ruang udara dalam rumah. Pokok kat luar rumah juga boleh redupkan suasana dengan menghalang cahaya panas masuk rumah. Walaupun ruang terbatas kat luar tu, kalau ada usaha tentu ada jalan untuk tanam pokok.

6-Buat kolam air - Kreatif sikit untuk wujudkan kolam kecil atau hiasan dalaman yang bermain dengan aliran air. Bagi ada pancut dan pusaran air mengalir supaya suasana sejuk terhasil.

7-Kosongkan rumah kemas - Rumah berselerak penuh dengan barang akan membuatkan suasana menjadi panas daripada biasa. Lapangkan rumah dan tak payah nak berhias dengan segala benda mak nenek yang tak perlu. Lagi lapang lagi baik aliran udara dalam rumah.

8-Buka aliran angin bila dah tak panas - Bila cuaca dah redup segera buka pintu dan tingkap depan dan belakang rumah supaya aliran udara masuk dan keluar dengan mudah. Ini akan kekalkan kesegaran rumah sampai ke malam.

9-Selitkan sedikit hasil seni yang sejuk - Pasang mozek macam bilik air kat tempat-tempat yang sesuai seperti dapur dan runag tamu. Letakkan juga hasil seni yang mempamerkan kesejukan. Minda memainkan peranan dalam merasakan suasana panas atau sejuk. Jika minda dapat mesej sejuk, maka badan akan terasa sejuk.

10-Pilih lampu yang sesuai - Jangan pasang lampu jenis incandescent. Sebaliknya pasanglah lampu fluorescent. Lampu mentol biasa yang ada dawai tungsten kat dalamnya akan buatkan suasana terbakar panas. Jangan pasang lampu jenis macam tu.

Anda tak perlu tunggu susah tak ada duit baru nak buat semua 10 cara untuk sejukkan rumah di atas. Kalau ada duitpun tak perlu nak habiskan duit pasang aircond dan bayar harga letrik yang tinggi sekarang.

Selamat mencuba !

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa

Sekianlah artikel #PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/08/petua-10-cara-bagi-rumah-sejuk-tanpa.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#PETUA ~ 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa"

Post a Comment