Loading...
link : #PRIHATIN ~ Dah Bertahun Berlaku,Sampai Bila Masalah Air Nak Selesai? - Penduduk Baling
#PRIHATIN ~ Dah Bertahun Berlaku,Sampai Bila Masalah Air Nak Selesai? - Penduduk Baling
Sebanyak 12 rumah di Kampung Charok Belaga Batu 60 bergantung kepada air tong disediakan Sada.
Difahamkan, sebilangan penduduk terjejas bekalan air selepas projek lebuh raya Weng hingga Durian Burung siap dibina pada 2014.
Kampung terlibat ialah Kampung Bandar, Kampung Charok Sotong, Kampung Becah Sawa, Kampung Memali dan Kampung Charok Belaga Batu 60.
Penduduk Kampung Charok Sotong, Samsudin Senik, 53, berkata, urusan harian sama ada musim perayaan atau tidak terpaksa bergantung sepenuhnya kepada air dihantar lori Sada.
“Sebelum pembinaan lebuh raya tu, bekalan air daripada paip masih ada walaupun tak kuat. Kadang-kadang air ada waktu petang, kadang-kadang malam.
“Tapi bila lebuh raya tu siap, air paip terus tak ada sampai hari ni. Mula dari situ kami terpaksa guna air dihantar lori Sada,” katanya di sini, semalam.
Ditanya berapa kali Sada menghantar air dalam tempoh seminggu, Samsudin berkata, beberapa tahun kebelakangan ini air dihantar berdasarkan panggilan.
Penduduk Kampung Charok Sotong, Senik Che Pi menunjukkan bil yang dijelaskan selama ini.
Janji tidak ditepati
Penduduk Kampung Charok Sotong, Mat Piah Hamat, 45, berkata, paling dikesali apabila dia terpaksa menghubungi Sada untuk menghantar air ketika kematian isteri dan ayahnya.
“Waktu isteri dan ayah sendiri meninggal dunia, saya terpaksa telefon Sada minta hantar air. Musim kenduri pun jadi perkara sama.
“Di mana slogan-slogan yang dicanangkan sebelum ni? Tunaikanlah segera kerana rakyat sangat memerlukan air,” katanya.
Bagi Hazali Ariffin, 59, dari Kampung Bandar, janji Sada untuk memulihkan bekalan selepas pembinaan lebuh raya siap tidak ditepati.
Dakwanya, Sada hanya bertindak menghantar air setiap kali aduan dibuat.
“Logik la sikit. Bulan Ogos ni kita akan sambut merdeka kali ke-60, tapi tak kan sampai sekarang kami nak kena angkut air dari lori Sada?
“Ni dah macam tahun 60-an. Maaf cakap ni bukan tuduh, tapi benda betul. Makin lama makin teruk, bukan makin elok,” katanya.
Dakwanya lagi, sebuah saluran paip yang rosak di kampung tersebut lebih tiga tahun lalu tidak dibaiki Sada.
“Paip tu rosak di bahagian pelepasan udara. Dah lima kali aduan dibuat, tapi tak ada tindakan,” katanya.
Terpaksa gali telaga sendiri
Menurut penduduk Kampung Memali, Wan Mat Khir Mat Zain, 60, penduduk menghadapi masalah untuk menyimpan air yang dihantar kerana tidak disediakan tong.
“Kami nak beli pun tak mampu.
Orang kampung bukannya senang sangat. Tambah la barang semua mahal.
“Bila lori Sada hantar air, kami terpaksa simpan guna tong kecil.
Cukuplah untuk kegunaan beberapa hari,” katanya.
Tambahnya, kebanyakan penduduk mengambil alternatif menggali telaga kerana sering terputus bekalan.
“Kampung ni air terputus sehari sebelum raya. Kalau ada pun sat saja, macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada.
"Hari ini air baru ada balik lebih kurang pukul 2 petang, tapi yang tu pun perlahan. Kalau anak-anak balik kampung, rasa susah hati sebab air selalu terputus,” katanya.
Seorang lagi penduduk Kampung Memali, Md Arof Md Zain, 74, berkata, air di rumahnya kerap terputus sekitar jam 8 pagi hingga 6 petang sejak sebulan lalu.
Menurutnya, dia dan keluarga hanya mandi menggunakan air bukit diisi dalam tong Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) sumbangan Adun dan di dewan kampung sejak sebulan lalu.
Md Arof menggunakan air bukit disimpan dalam tong Barakah.
Penduduk Kampung Batu 60, Wamin Shafie, 58, berkata, sebanyak 12 rumah perlu bergantung dengan air dihantar lori.
“Lebih kurang dua tahun kami guna air lori Sada. Depa sediakan satu tong untuk kami kongsi,” katanya.
Desak atasi segera
Sementara itu, Setiausaha Pas Kawasan Baling, Abd Nasir Idris berkata, masalah air yang kritikal di sebahagian kawasan Dun Bayu sudah lama berlaku tanpa penyelesaian.
Menurutnya, keadaan semakin meruncing pada musim perayaan kerana jumlah penggunaan air meningkat.
“Pas Baling mendesak Sada mengatasi segera masalah ini.
Penduduk kampung sudah hilang sabar kerana isu sama berulang saban tahun.
“Lebih menyedihkan apabila ada pemimpin di Baling yang diamanahkan bertindak lepas tangan.
Bila penduduk mengadu, beliau suruh korek telaga sendiri,” katanya.
Beliau yang merupakan penduduk Becah Sawah dan turut terjejas terjejas bekalan ketika ini berkata, penghantaran air melalui lori hanya penyelesaian jangka pendek.
“Sistem ni tak adil sebab ada penduduk tak terima bekalan kerana tiada kemudahan jalan dan penyediaan tong. Ada yang perlu beli tong sendiri.
“Kesan paling dirasai warga emas, sakit uzur dan OKU yang sukar menggunakan air daripada tong yang dikongsi,” katanya. Sementara itu, jurucakap Pejabat Dun Bayu berkata, pihak berwajib tidak menyediakan kemudahan lengkap dalam mengagihkan bekalan kepada penduduk di beberapa kawasan terlibat.
“Ada tong disediakan Sada, tapi tak sediakan kepala paip dan pelapik.
“Penduduk terpaksa cedok air dari tong setinggi paras dada orang dewasa. Perkara ini mengundang bahaya terutama kepada kanak-kanak,” katanya.
Sehubungan itu katanya, masalah air yang berlaku perlu diatasi sebaik mungkin.[SH]
Demikianlah Artikel #PRIHATIN ~ Dah Bertahun Berlaku,Sampai Bila Masalah Air Nak Selesai? - Penduduk Baling
Sekianlah artikel #PRIHATIN ~ Dah Bertahun Berlaku,Sampai Bila Masalah Air Nak Selesai? - Penduduk Baling kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #PRIHATIN ~ Dah Bertahun Berlaku,Sampai Bila Masalah Air Nak Selesai? - Penduduk Baling dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/07/prihatin-dah-bertahun-berlakusampai.html
Loading...
0 Response to "#PRIHATIN ~ Dah Bertahun Berlaku,Sampai Bila Masalah Air Nak Selesai? - Penduduk Baling"
Post a Comment