Loading...
link : #FAKTA ~ 200 Ribu Kanak-Kanak Bawah Umur Telah Berkahwin Di Amerika Syarikat
#FAKTA ~ 200 Ribu Kanak-Kanak Bawah Umur Telah Berkahwin Di Amerika Syarikat
Amerika Syarikat – Sejak 15 tahun yang lalu, lebih dari 200 ribu kanak-kanak di Amerika dilaporkan telah berkahwin.
Tiga gadis berusia 10 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun adalah di antara kanak-kanak termuda yang telah berkahwin, di bawah kelemahan undang-undang yang membenarkan kanak-kanak bawah umur untuk berkahwin dalam keadaan tertentu.
Umur minimum yang ditetapkan untuk berkawin di Amerika Syarikat adalah 18 tahun, namun terdapat pengecualian bagi setiap negeri seperti atas persetujuan ibu bapa atau hamil yang membenarkan kanak-kanak itu untuk berkahwin.
Gabenor New Jersey, Chris Christie enggan menandatangani undang-undang yang akan membuatkan negerinya menjadi yang pertama mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur tanpa pengecualian. Christie mendakwa itu akan menjadi permasalahan dengan adat agama.
Menurut data yang dikumpulkan oleh Unchained At Last iaitu kumpulan yang berkempen untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak di antara tahun 2000 dan 2015 sekurang-kurangnya 207,468 orang kanak-kanak telah berkahwin.
Jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana 10 negeri memberikan statistik yang tidak lengkap.
Pengasas Unchained At Last, Fraidy Reiss menyatakan dia benar-benar terkejut sewaktu mula-mula menerima data dari New Jersey. Hampir 3,500 kanak-kanak berkahwin di negeri itu antara tahun 1995 dan 2012.
“Jumlah itu jauh lebih tinggi dari apa yang saya fikirkan. Kanak-kanak yang berkahwin itu berusia 13 tahun dan kebanyakan mereka berkahwin dengan lelaki dewasa,” jelas Reiss.
87% kanak-kanak yang berkahwin adalah perempuan dengan majoriti umur antara 16 atau 17 tahun. Perkahwinan yang paling muda adalah tiga orang gadis yang berusia 10 tahun di Tennessee yang berkahwin dengan 24, 25 dan 31 tahun pada 2001.
Manakala pengantin lelaki termuda berusia 11 tahun yang berkahwin dengan wanita berusia 27 tahun pada tahun 2006 di daerah yang sama.
Dalam kes yang unik, kanak-kanak dibenarkan untuk berkahwin dengan seseorang yang lebih tua. Seorang gadis berusia 14 tahun telah berkahwin dengan lelaki berusia 74 tahun di Alabama, manakala seorang lagi perempuan 17 tahun berkahwin dengan lelaki berusia 65 tahun di Idaho.
Seorang peguam di Tahirih Justice Centre, Jeanne Smoot menyatakan pengantin kanak-kanak biasanya datang dari keluarga yang miskin. Organisasi itu menawarkan perkhidmatan undang-undang kepada wanita yang melarikan diri dari kekejaman dan meminta perkahwinan kanak-kanak diharamkan.
“Hampir semua bukti menunjukkan gadis di bandar, gadis kelas pertengahan atau keluarga kaya tidak berkahwin muda. Ini adalah fenomena luar bandar dan kemiskinan,” tambah Reiss.
New Jersey telah menjadi negeri pertama mengharamkan perkahwinan kanak-kanak selepas dua buah rumah perundangan meluluskan undang-undang yang diusulkan oleh Christie.
credit

Demikianlah Artikel #FAKTA ~ 200 Ribu Kanak-Kanak Bawah Umur Telah Berkahwin Di Amerika Syarikat
Sekianlah artikel #FAKTA ~ 200 Ribu Kanak-Kanak Bawah Umur Telah Berkahwin Di Amerika Syarikat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #FAKTA ~ 200 Ribu Kanak-Kanak Bawah Umur Telah Berkahwin Di Amerika Syarikat dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/07/fakta-200-ribu-kanak-kanak-bawah-umur.html
Loading...
0 Response to "#FAKTA ~ 200 Ribu Kanak-Kanak Bawah Umur Telah Berkahwin Di Amerika Syarikat"
Post a Comment