Loading...
link : #INFO SIHAT ~ Flakka dadah yang menyebabkan penagih seperti zombie
#INFO SIHAT ~ Flakka dadah yang menyebabkan penagih seperti zombie
SEBELUM dan selepas menggunakan flakka selama beberapa bulan.
Flakka berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud seorang wanita cantik (la flaca). Flakka adalah bahan kimia yang dinamakan MDPV, bahan utama untuk membuat bath salts atau garam mandi iaitu Epsom (Epsom salt) atau magnesium sulfat. Garam mandi itu adalah bahan kimia yang mempunyai MgSO4.7H2O.
Garam mandi Epsom telah menjadi sangat popular kerana membantu penyerapan magnesium dan sulfat oleh tubuh yang tidak mudah diserap melalui makanan. Magnesium sangat penting bagi sel-sel tubuh, sama pentingnya dengan kalsium dan zat besi.
Bahan kimia ini merangsang bahagian otak yang mengatur mood, hormon dopamin dan serotonin supaya pengguna dadah itu merasa lebih kuat, tidak takut, hilang rasa malu dan menjadi gila.
Flakka mengandungi bahan aktif kimia alpha-PVP. Bahan ini adalah perangsang utama yang mendorong naiknya hormon dopamin. Para penyelidik mendapati dopamin seperti neurotransmiter yang ada di otak dengan jumlah berlebihan akan menimbulkan kesenangan berlebihan, agresif tinggi hingga tidak sedarkan diri.
Kesan sampingan daripada penggunaan Flakka hampir mirip dengan dadah jenis kokain dan amfetamin. Dalam jangka pendek, pengguna yang ketagihan Flakka mengalami euforia yang berlebihan, denyut jantung lebih cepat, kenaikan tekanan darah dan kelakuan berhati-hati yang terlalu berlebihan.
Kesan ini akan membanjiri otak, dan methamphetamine memiliki cara kerja yang sama di dalam otak tetapi bahan kimia pada flakka meninggalkan kesan yang lebih tahan lama.
Walaupun kesan seperti ketagihan atau Withdrawal Syndrome yang ditimbulkan, Fakka hanya berlangsung beberapa jam tetapi hal berkenaan boleh berlaku secara kekal pada otak.
Lebih membimbangkan bukan hanya tinggal di otak, tetapi dadah ini juga boleh merosakkan otak. Flakka berada di dalam otak lebih lama berbanding kokain.
Menurut beberapa penyelidik, negara-negara di Asia disasarkan sebagai pasaran yang berpotensi terhadap peredaran dadah flakka.
Rata-rata tujuan orang mengambil dadah adalah kerana sensasinya. Menurut mereka ketika menggunakan barang haram, maka rasanya seperti terbang, melayang dan sangat melegakan.
Dalam beberapa kes, seperti yang terjadi di selatan Florida, AS, seorang pemuda merosakkan pintu balai polis ketika di bawah pengaruh Flakka. Dalam kes lain seorang gadis berlari-lari di jalan raya sambil berteriak bahawa dia adalah syaitan. Kesan-kesan berkenaan dilihat orang seperti zombie. Bagi jangka panjang, penggunaan Flakka dalam dos tinggi mempengaruhi suhu badan. Perubahan yang ekstrem boleh menyebabkan kerosakan otot dan ginjal.
Walaupun kesan Flakka hanya bertahan selama satu hingga beberapa jam tetapi tidak mustahil kesannya mungkin berpanjangan dan berkekalan.
Kesan lain yang juga mengerikan daripada penggunaan Flakka ialah pada ginjal. Bahan aktif yang terdapat pada dadah berkenaan boleh menyebabkan otot semakin lemah dan membuat tubuh mengalami hipertermia.
Sejumlah pengguna berkata, jika pengguna Flakka selamat dari dos berlebihan, berkemungkinan mereka perlu menjalani cuci darah atau dialisis seumur hidup.[Utusan}
Demikianlah Artikel #INFO SIHAT ~ Flakka dadah yang menyebabkan penagih seperti zombie
Sekianlah artikel #INFO SIHAT ~ Flakka dadah yang menyebabkan penagih seperti zombie kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #INFO SIHAT ~ Flakka dadah yang menyebabkan penagih seperti zombie dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/06/info-sihat-flakka-dadah-yang.html
Loading...
0 Response to "#INFO SIHAT ~ Flakka dadah yang menyebabkan penagih seperti zombie"
Post a Comment