Loading...

#RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam?

#RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam? - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam?
link : #RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam?

Baca juga


#RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam?

“SEPANJANG sembilan tahun berkhidmat sebagai doktor kalau tak tidur 34 jam kerana tugas itu sudah terlalu biasa,” demikian luahan Dr Mohd Ferdaus yang bertugas di salah sebuah hospital kerajaan di pantai timur.

Katanya, jadual kerja doktor di hospital kerajaan bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang, tetapi mereka mempunyai sistem on call.

“Ketika on call kami akan tidur di hospital untuk memantau keadaan dan perkembangan pesakit di wad termasuk juga kemasukan kes baru.

“On call akan bermula pada jam 5 petang dan tamat pada 8 pagi keesokan harinya. Jadi jika wad tidak berapa sibuk mungkin boleh curi-curi tidur semasa on call itu.

“Selepas habis on call, kami akan terus bekerja seperti biasa esok hari itu. Bermakna kami akan bekerja 34 jam berterusan,” keluhnya.

Bahkan menurut Dr Mohd, sudah bertahun-tahun sama ada dilaporkan atau tidak, doktor terbabit nahas jalan raya malah ada juga mengakibatkan kematian disebabkan memandu dalam keadaan letih.

“Saya sendiri juga pernah beberapa kali nyaris kemalangan jalan raya sebab terlalu mengantuk ketika pulang kerja.

“Kami pernah bercadang untuk bawa suara ini kepada pihak atasan tapi yakin usul ini pasti akan dibantah oleh senior-senior yang menuduh kami ini ‘manja. Pelik juga, takkan perlu tunggu sehingga 100 atau 1,000 doktor meninggal akibat kemalangan jalan raya sebab on call baru orang nak buka mata? Soalnya.

Dr Mohd yang berusia pertengahan 30-an menegaskan bahawa, waktu bekerja doktor yang terlalu panjang membuatkan mereka letih dan tidak mampu membuat keputusan yang baik, mungkin juga akan membahayakan pesakit.

“Sistem waktu bertugas doktor ini bukan sahaja akan menjejaskan pesakit malah ia memberi kesan langsung kepada kami para doktor sebab kami juga perlu balik selepas dua hari bekerja.

“Sebenarnya sebelum ini pernah keluar satu pekeliling yang membenarkan kami balik tengahari esok selepas on call. Tapi itu pun atas budi bicara ketua jabatan, ia tidak diimplementasi secara meluas,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang bertugas di pantai timur manakala keluarga termasuk dua cahaya mata dan isteri tinggal di selatan tanah air dan akibat kekangan masa serta bebanan tugas di hospital, Dr Mohd hanya dapat bertemu mereka dua atau tiga minggu sekali sahaja.

“Saya bekerja di pantai timur, keluarga di selatan. Hujung minggu belum tentu lagi kami lapang sebab ada on call. Kena ikut giliran. Sebab itu kami perjuangkan waktu kerja yang lebih baik kerana dalam sebulan mungkin ada dau hujung minggu saja yang lapang.

“Biasanya lepas bekerja selama 34 jam itu kami akan balik jam 5 petang. Saya akan tidur sampai waktu maghrib, bangun sekejap makan malam dan solat isyak dan sambung tidur sampai esok bangun untuk kerja.

“Meskipun saya dah senior sikit jadi bebanan tugas dah boleh agih kepada junior namun tetap ‘berat’,” katanya.

Beliau bagaimanapun, tetap akan memperjuangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewajibkan cuti tengahari atau cuti sehari lepas habis on call.

"Nak kata bilangan doktor kurang, dulu ya. Sekarang ni jumlah dah makin elok. KKM dah cukup untuk bagi kami sekurang-kurangnya 'afternoon off' lepas on call," tegasnya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam?

Sekianlah artikel #RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam? dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/05/rencana-sampai-bila-doktor-perlu.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#RENCANA ~ Sampai bila doktor perlu bertugas lebih 30 jam?"

Post a Comment