Loading...
link : #PELIK TAPI BENAR ~ 'Kami tak berani makan' kata pemilik betik 'pelik'
#PELIK TAPI BENAR ~ 'Kami tak berani makan' kata pemilik betik 'pelik'
Buah betik yang ditemui mengandungi suatu ketulan aneh di Kampung Paya Kelubi, kelmarin.
Mohd Zulkarnain Khamis, 33, berkata, betik yang dipotong ibu mertuanya, Nor Hayati Dahaman, 53, mengandungi suatu ketulan besar seakan-akan telur di dalamnya.
“Sejak ditanam setahun yang lalu, pokok terbabit mengeluarkan buah yang normal dan saiznya sama seperti betik biasa.
“Tetapi buah yang dipetik kali ini sangat berlainan, bukan sahaja buahnya mengandungi ketulan aneh, malah biji betik juga tidak ada walaupun sebiji,” katanya.
Katanya, beberapa orang kampung yang datang melihat keajaiban itu berpendapat ketulan berkenaan mungkin telur betik.
“Saya tidak pasti ia telur betik atau sebaliknya, tetapi kami sekeluarga hanya menyimpan betik itu dan tidak berani menjamah buah berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sekiranya keluarga berkenaan takut untuk menjamah buah berkenaan kerana bimbang terdapat racun atau seumpamanya yang berbahaya kepada kesihatan, maka itu sesuatu yang bagus kerana menjaga keselamatan secara rasional.
“Namun, sekiranya mereka bimbang ada kuasa ajaib ataupun pantang larang khurafat tertentu maka itu haram, dan ia dilarang oleh agama. Malah, alam ini sebenarnya jauh lebih dahsyat dari sebiji betik,” katanya.[SH]
Demikianlah Artikel #PELIK TAPI BENAR ~ 'Kami tak berani makan' kata pemilik betik 'pelik'
Sekianlah artikel #PELIK TAPI BENAR ~ 'Kami tak berani makan' kata pemilik betik 'pelik' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #PELIK TAPI BENAR ~ 'Kami tak berani makan' kata pemilik betik 'pelik' dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/04/pelik-tapi-benar-kami-tak-berani-makan.html
Loading...
0 Response to "#PELIK TAPI BENAR ~ 'Kami tak berani makan' kata pemilik betik 'pelik'"
Post a Comment