Loading...
link : #RENCANA ~ Misi melahirkan usahawan tahfiz
#RENCANA ~ Misi melahirkan usahawan tahfiz
DALAM Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015 digariskan pentingnya melahirkan Teknokrat Muslim yang hafiz. Kaedah dan corak hafazan yang diguna pakai menumpukan kesepaduan antara pengajaran tahfiz dan pembelajaran autonomi. Hasil yang jelas daripada pelaksanaan kurikulum ini ialah bertambahnya sekolah tahfiz yang dibuka sejak kebelakangan ini.
Walaupun terdapat pelbagai andaian terhadap perkembangan ini, hakikatnya ialah wujudnya ratusan sekolah tahfiz di seluruh negara.
Sejajar perkembangan ini, semakin ramai ibu bapa menghantar anak masuk sekolah tahfiz, sama ada di bawah kerajaan negeri, swasta mahupun milik individu, dari peringkat tadika sehingga menengah. Kurikulum yang ditawarkan merangkumi agama sepenuhnya, tahfiz sahaja, gabungan kedua-duanya atau sistem pondok.
Kajian dan tinjauan yang dibuat sekumpulan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) mendapati ada usaha jelas dalam kalangan pengusaha sekolah tahfiz untuk memperkasa hubungan antara pelajar dengan industri. Mereka mahu menyediakan pelajar-pelajar yang berkemahiran selain menghafal al-Quran.
Pihak pentadbir sekolah tahfiz memahami bahawa kemahiran hidup (living skills) memberi kelebihan kepada pelajar kerana dapat membuka ruang menghubungkan aspek pembelajaran formal dan tidak formal sesuai dengan arus semasa.
Di Selangor, misalnya, beberapa sekolah tahfiz sudah ambil langkah konkrit menjayakan misi ini.
Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Lil-Muttaqin (Instaqlim) di Semenyih mengusahakan ikan air tawar dan terbabit dengan Skim Kebajikan Penternakan Sapi yang dimasukkan dalam jadual aktiviti harian mereka.
Pengusaha Maahad Tahfiz Integrasi Vokasional di Gombak pula mendedahkan pelajarnya kepada kemahiran dalam bidang automotif. Manakala para pelajar Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bestari di Kuala Sg Baru, Puchong mengambil kursus jahitan dan kulinari.
Di Perak, Pondok Al-Jaafar di Kg Gunong Panjang, Gopeng telah berjaya melahirkan usahawan daripada kalangan pelajarnya. Pondok ini memfokuskan pengajaran hafazan al-Quran dan pembentukan akhlak selain mengusahakan pertanian, penternakan haiwan, membaiki kereta dan aktiviti binaan. Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu, lebih 500 lulusan pondok ini menjalani kerjaya sendiri. Tiada seorang pun di antara mereka yang menganggur.
Pondok ini satu exception to the rule. Masih banyak juga yang berkeadaan daif.
Menurut Ahmad Mohamad Said dari Universiti Sultan Azlan Shah, banyak tahfiz swasta di negeri bijih timah itu masih menghadapi masalah kewangan yang kritikal, kemudahan yang terhad dan pengurusan yang lemah.
Kajian ke atas 41 buah institusi pendidikan yang melaksanakan program atau kurikulum tahfiz dan hafazan al-Quran di Perak mendapati guru-guru tahfiz tidak terlatih dan bergaji rendah manakala pengusaha dan pentadbir tidak mempunyai misi dan visi yang jelas tentang tujuan serta fungsi pendidikan.
Mutakhir, Kolej Komuniti muncul sebagai institusi utama yang membina hubungan dengan sekolah-sekolah tahfiz dan pondok sebagai sebahagian daripada usaha menggerakkan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH).
Pelaksanaan PISH di Kolej Komuniti adalah berkonsepkan penggabungan ilmu duniawi (kemahiran dan keusahawanan) dan ukhrawi (fardu ain dan fardu kifayah) dengan menyasarkan pelajar tahfiz dan pondok.
Walaupun penyertaan pelajar tahfiz dan pondok dalam program PISH di Kolej Komuniti masih rendah, yakni hanya 4.6 peratus daripada jumlah keseluruhan peserta PISH seramai 3,125 orang antara 2014 dan 2016, usaha tetap dibuat untuk meningkatkan bilangan mereka.
Peraturan penyertaan pelajar tahfiz dan pondok boleh bertambah andainya tahap kesedaran mereka dapat dipertingkatkan terutama tanggapan bahawa sijil bukan suatu keperluan dalam kehidupan masa kini.
Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kebanyakan sekolah tahfiz dan pondok tiada peruntukan untuk membiayai pelajar mereka mengikuti kursus kemahiran dan keusahawanan.[SH]

Demikianlah Artikel #RENCANA ~ Misi melahirkan usahawan tahfiz
Sekianlah artikel #RENCANA ~ Misi melahirkan usahawan tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #RENCANA ~ Misi melahirkan usahawan tahfiz dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/03/rencana-misi-melahirkan-usahawan-tahfiz.html
Loading...
0 Response to "#RENCANA ~ Misi melahirkan usahawan tahfiz"
Post a Comment