Loading...
link : #RASUAH ~ Mula-mula ‘no’, akhirnya ‘yesss!’
#RASUAH ~ Mula-mula ‘no’, akhirnya ‘yesss!’
BAGI orang yang berkuasa, nampaknya mudah sangat untuk mengumpul duit dan harta, secara haram, menerusi rasuah. Hanya dengan satu nota kecil – mungkin ditulis dengan pensel – mereka boleh menjadi jutawan sekelip mata.
Rasuah semakin parah di tempat kita! Itulah anggapan umum sekarang. Suatu kaji selidik mendapati jumlah rakyat Malaysia yang yakin masalah rasuah di negara ini kian memburuk, meningkat dua kali ganda sejak 2014.
Seperti yang dilaporkan media, kajian Barometer Rasuah Global (Asia Pasifik) oleh Transparency International mendapati 60 peratus rakyat Malaysia bersetuju dengan tanggapan itu, 27 peratus lagi berpendapat tahap rasuah di negara ini kekal, manakala 11 peratus lagi menanggap ia menurun. Baki dua peratus lagi menjawab tidak tahu kepada soalan berkenaan.
Dapatan itu bertentangan dengan keputusan purata peringkat serantau apabila 40 peratus responden percaya tahap rasuah meningkat, 33 peratus percaya ia tidak berubah manakala 22 peratus berpendapat amalan itu berkurangan. Sebanyak lima peratus lagi tidak tahu mengenai keadaan rasuah di rantau ini.
Sebenarnya tanpa kajian berkenaan pun umum merasakan rasuah dalam kalangan penjawat awam tahap tinggi macam sudah menjadi satu sistem di tempat kita. Setiap hari ada sahaja pegawai kanan ditangkap atas tuduhan rasuah.
Melayu, Islam pula, ada kedudukan – KSU, CEO, pengarah, ketua jabatan – dan ada gelaran – Tan Sri, Datuk Seri, Datuk – mereka menggunakan kuasa untuk merompak.
Terkini, anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, bersama dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang awam ditahan kerana dipercayai terlibat dalam skandal penukaran status rumah-rumah berstatuskan Bumiputera kepada Non-Bumiputera.
Dalam serbuan ke atas mereka, SPRM merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing, dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Turut dikesan bagi membantu siasatan ialah 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta. Mudah sangat mereka berkongsi dan menikmati habuan lumayan itu.
Ketika sebahagian besar rakyat merintih hanya untuk membeli sekilo ikan kembung, sekumpulan orang memiliki lebih RM15 juta dengan memalsukan status rumah. Bayangkan dengan wang sebanyak itu berapa kapal ikan kembung dapat dibeli?
Skandal menukar status rumah tentu sekali merugikan orang Melayu/Bumiputera yang hendak memiliki harta. Mereka diperuntukkan kuota 30 peratus. Walaupun ada kemampuan, mereka tidak dapat memiliki rumah berkenaan kerana telah dijual kepada bukan Bumiputera.
Hanya mementingkan diri sendiri dan konco-konco kaki busuk, hak Melayu/Bumiputera telah dinafikan. Mereka bukan sahaja menjual rumah tetapi menjual bangsa. Tidak tepat untuk mengatakan mereka menjual maruah, sebab sahabat iblis ini memang tidak ada maruah.
Rasuah memang membunuh maruah. Tetapi bagi pengamal rasuah – baik pemberi mahu pun penerima – apa mereka peduli tentang maruah? Apa mereka kisah pada bangsa dan negara? Apa mereka peduli pada agama?
Sepatah kata seorang teman yang pernah terlibat secara langsung dalam memerangi rasuah: “Orang jenis ini tidak ada malu, mereka tidak kisah pun harga diri. Rasuah macam dadah, sekali cuba terus ketagih...”
Katanya, bukan mudah untuk mengatakan ‘no’ kepada rasuah, sebab godaan untuk melakukan kerja kotor ini sentiasa tinggi dan hebat. Mula-mula kata ‘no’, kemudian masih kata ‘no’ tetapi nadanya semakin perlahan. Dan, akhirnya tidak lagi ‘no’ tetapi ‘yes’, dan ‘yes!’, dan ‘yesss!!!’
Ada tiga peringkat pengamal rasuah yang menukar ‘no’ menjadi ‘yes’:
Pertama, perasuah tahap pasif @ alim-alim kucing. Dia tidak meminta rasuah, selalu menolak apabila ditawarkan duit atau benda-benda berharga. Tetapi apabila duit dimasukkan ke dalam poket atau laci, tidak pula dia membantah.
Kedua, perasuah tahap aktif. Dia terang-terang, tanpa rasa malu, meminta sesuatu. Meluluskan tender, projek, pinjaman dengan sebagainya, dengan menetapkan sekian-sekian persen sebagai habuan.
Ketiga, perasuah tahap proaktif. Penyangak jenis ini memilih dan menentukan siapa yang akan dijadikan mangsa. Kalau dia tahu ada projek besar, dia akan mengenal pasti siapa orang yang boleh diminta rasuah.
Dia sendiri akan menghubungi orang berkenaan, memintanya membuat permohonan tender atau projek. Sebagai perasuah ‘yesss!!!’ tahap tegar, belum apa-apa sudah ditetapkan habuan untuk meluluskan permohonan.
Almaklumlah, projek atau tender yang diluluskan nilai berpuluh, malah beratus juta RM, maka tentu sekali habuannya lumayan, bak kata iklan, ‘berjuta-juta lemon!’
Tidak sahaja RM, si penyangak akan meminta apa sahaja, kereta mewah, beg tangan berjenama, jam tangan mewah, pakej pelancongan keluarga – pakej umrah pun ok! – main golf di luar negara, berjamu sakan di hotel bintang lima, hatta seks.
Perasuah tahap proaktif biasanya lupa diri. Mereka tidak sedar menayangkan kekayaan kepada umum. Sebab mereka ingat mereka kebal, berkuasa dan hebat.
Tetapi, seperti yang telah dibuktikan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Harap-harap banyak lagi bapak tupai akan menjunam ke bumi!- Abdul Jalil Ali [SH]

Demikianlah Artikel #RASUAH ~ Mula-mula ‘no’, akhirnya ‘yesss!’
Sekianlah artikel #RASUAH ~ Mula-mula ‘no’, akhirnya ‘yesss!’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #RASUAH ~ Mula-mula ‘no’, akhirnya ‘yesss!’ dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/03/rasuah-mula-mula-no-akhirnya-yesss.html
Loading...
0 Response to "#RASUAH ~ Mula-mula ‘no’, akhirnya ‘yesss!’"
Post a Comment