Loading...
link : #PRIHATIN ~ Kanak-kanak hidap penyakit misteri hidup seperti banduan
#PRIHATIN ~ Kanak-kanak hidap penyakit misteri hidup seperti banduan
KEDUA-DUA adik beradik kembar ini mempunyai struktur kepada yang besar.
Kesemua itu terpaksa mereka lalui akibat penyakit misteri yang dihidapi sejak 12 tahun yang lalu.
Ramesh dan Laxman Jadhav, 13, disahkan menghidapi penyakit misteri akibat gangguan genetik yang jarang berlaku.
Akibat daripada penyakit yang dihidapi itu, tumbesaran tulang pada tubuh mereka terbantut dan terpaksa bergantung hidup dengan diet cecair untuk meneruskan kehidupan harian.
Sudahlah menghidap penyakit misteri, Ramesh dan Laxman turut menghidap penyakit kolesterol dan tekanan darah tinggi serta artritis.
Walaupun sampel ujian kesihatan telah dihantar ke makmal ujian di Amerika Syarikat dan Jerman, namun penyakit yang dihidapi oleh kedua-dua beradik ini masih belum dapat dikesan.
Lebih malang, penderitaan yang dialami oleh kedua-dua beradik itu hanya boleh dirawat setelah doktor mengenal pasti penyakit yang dialami bagi mengelakkan sebarang risiko.
Menurut ibunya, Savita, 30, dia hanya menyedari penyakit misteri yang dihidapi anaknya itu ketika Ramesh dan Laxman menyambut ulang tahun yang pertama.
“Ketika dilahirkan, kedua-dua kembar ini bersaiz kecil berbanding bayi biasa.
“Bagaimanapun pada waktu itu saya sangka perkara tersebut adalah normal memandangkan mereka adalah kembar. Keganjilan tersebut bagaimanapun menjadi semakin ketara dan hanya disedari ketika menyambut ulang tahun yang pertama,” jelasnya.
Tulang terbantut
Menurut Savitha, selain tidak mempunyai gigi dan sering mengadu sakit, anaknya juga tidak boleh mengambil sebarang makanan pejal melainkan bubur nasi atau cecair.
Ekoran daripada penyakit ganjil yang menyerang kedua-dua anaknya itu, Savitha kemudian membawa Ramesh dan Laxman bertemu seorang doktor di Hospital DY Patil, Pune, India.
Dalam pada itu, doktor yang merawat dua kanak-kanak malang itu, Dr. Aayush Gupta berkata, penyakit yang dihidapi oleh Ramesh dan Laxman merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada gangguan genetik.
WALAUPUN sudah berusia 13 tahun, namun fizikal Ramesh dan Laxman kelihatan seperti kanakkanak berusia lapan tahun.
“Saya dapati perkembangan mental Ramesh dan Laxman sama seperti kanak-kanak seusia mereka. Bagaimanapun apa yang membezakan mereka berdua ialah struktur tulang dan otot mereka terbantut.
“Bukan itu sahaja, mereka juga memiliki saiz kepala yang luar biasa besarnya. Selain itu, gigi Ramesh dan Laxman yang rongak sejak berusia satu tahun juga menyebabkan proses mendiagnosis penyakit menjadi semakin sukar,” jelasnya.
Tambah Gupta lagi, pihaknya juga telah berhubung dengan beberapa orang pakar di Amerika Syarikat dan Jerman. Bagaimanapun, penyakit yang dihidapi oleh Ramesh dan Laxman itu masih gagal didiagnosis sehingga ke hari ini.
“Saya juga telah merujuk kes ini ke Yayasan Penyelidikan Progeria yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Institut Perubatan Genetik Manusia di Jerman.
“Malangnya, kesemua mereka gagal mendiagnosis penyakit tersebut dan mendakwa ia bukanlah pregoria,” jelasnya.
Digelar hantu
Dalam pada itu bapa kepada kanak-kanak malang tersebut, Ankush, 37, berkata, penyakit misteri yang menyerang kedua-dua anaknya itu menyebabkan Ramesh dan Laxman tidak dibenarkan ke sekolah.
Ini kerana, selain bimbang menjadi bahan cemuhan rakan sebaya, aktiviti-aktiviti luar juga turut dikhuatiri akan menyebabkan kedua-dua mereka cedera.
“Pihak sekolah tidak mahu mengambil risiko jika sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap anak saya.
“Keadaan mereka yang tidak stabil menyebabkan kedua-dua mereka mudah cedera atau dijangkiti penyakit.
“Bukan itu sahaja, mereka juga pernah dipandang dengan pandangan sinis selain dipanggil ‘hantu’ ketika berlegar-legar di tengah-tengah pekan,” jelasnya.[Kosmo]
Demikianlah Artikel #PRIHATIN ~ Kanak-kanak hidap penyakit misteri hidup seperti banduan
Sekianlah artikel #PRIHATIN ~ Kanak-kanak hidap penyakit misteri hidup seperti banduan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #PRIHATIN ~ Kanak-kanak hidap penyakit misteri hidup seperti banduan dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/03/prihatin-kanak-kanak-hidap-penyakit.html
Loading...
0 Response to "#PRIHATIN ~ Kanak-kanak hidap penyakit misteri hidup seperti banduan"
Post a Comment