Loading...

#KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat

#KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat
link : #KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat

Baca juga


#KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat

KUALA LUMPUR – Jumlah usahawan wanita di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil pelbagai program kesedaran dan capaian yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata minat dan penyertaan dalam kalangan wanita dalam keusahawanan juga semakin menggalakkan dengan pembabitan lebih besar dalam sektor baharu dan bukan tradisional.

“Sejak kebelakangan ini, kita melihat trend semakin ramai wanita memulakan perniagaan, namun belum ramai yang dapat merealisasi pertumbuhan dan skala yang sepatutnya.

“Wanita masih ketinggalan dari segi kepimpinan perniagaan. Namun saya yakin ini akan berubah susulan semakin ramai usahawan wanita serta potensi yang mereka miliki,” katanya kepada pemberita di luar acara ‘Global Mentoring Walk’ anjuran Persatuan Rantaian Keusahawanan Wanita Bumiputera Malaysia (WENA).

Global Mentoring Walk merupakan sebahagian daripada pergerakan global yang memberi inspirasi menerusi pementoran kepada generasi muda yang semakin meningkat.

Dalam acara itu, pemimpin wanita terkemuka dengan pemimpin baharu berjalan bersama-sama dengan komuniti sambil membincangkan cabaran dan kejayaan profesional dengan matlamat mewujudkan hubungan pementoran.

Presiden WENA Nadira Yusoff berkata seramai 200 mentor dan mentee menyertai acara hari ini.

“Acara itu merupakan siri kelima berlangsung di Malaysia, dan kali pertama disertai lelaki.

“Dengan kebanyakan mentee terdiri daripada generasi muda, perlu ada usaha bersepadu untuk memberikan mereka bimbangan yang diperlukan, menerusi pementoran,” katanya.

Beliau berkata pementoran sudah terbukti merupakan langkah penting dalam memastikan kejayaan dalam kerjaya. – BERNAMA


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat

Sekianlah artikel #KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/03/kesedaran-jumlah-usahawan-wanita.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "#KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat"

Post a Comment