Loading...
link : #FATWA ~ Ritual Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Haram - Timb Mufti Perak
#FATWA ~ Ritual Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Haram - Timb Mufti Perak
Ibrahim ketika membuat ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara
Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 dengan perkenan Sultan Perak membuat dan menyiarkan fatwa bahawa upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Ibrahim
Mat Zin atau Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan objek-objek tertentu atau tanpa menggunakan apa-apa objek sama ada untuk tujuan perubatan, perbomohan atau selainnya adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.
Menurutnya, mana-mana orang Islam di Perak yang mengingkari fatwa boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri ini.
Dalam konteks perbuatan ritual yang dilakukan Ibrahim baru-baru ini, Zamri berkata, tindakan akan dikenakan ke atasnya jika ia dilakukan di dalam negeri ini.
“Malah mana-mana orang Islam atau kumpulan yang menjadi ahli atau pengikutnya juga boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen tersebut.
“Jika perbuatan itu dilakukan di negeri lain, maka pihak berkuasa negeri berkenaan perlu mengambil tindakan kerana urusan agama adalah di bawah urusan negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Sinar Harian.
Terdahulu, nama Ibrahim Mat Zin kembali disebut apabila videonya melakukan ritual di pantai berdurasi tiga minit bagi mengelakkan Malaysia diserang Korea Utara menjadi tular Ahad lalu.
Video itu memaparkan Ibrahim bersama tiga pembantunya di pantai berkenaan dengan dua kelapa, kayu (teropong), lima buluh (meriam), sejadah dan semangkuk air laut.
Selepas video itu, Ibrahim sekali lagi melakukan ritual sama di luar Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur atas kematian Kim Jong-nam petang kelmarin.[SH]
Demikianlah Artikel #FATWA ~ Ritual Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Haram - Timb Mufti Perak
Sekianlah artikel #FATWA ~ Ritual Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Haram - Timb Mufti Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #FATWA ~ Ritual Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Haram - Timb Mufti Perak dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/03/fatwa-ritual-raja-bomoh-ibrahim-mat-zin.html
Loading...
0 Response to "#FATWA ~ Ritual Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Haram - Timb Mufti Perak"
Post a Comment