Loading...

#TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris

#TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris
link : #TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris

Baca juga


#TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris

Hakimi di hadapan asrama MCKK.

LAHIR di Malaysia, tetapi tidak fasih berbahasa Melayu. Itulah Muhammad Hariz Hakimi Nahrizul Adib, anak kepada pasangan pensyarah, Nahrizul Adib Kadri dan suri rumah, Raha Mat Ghazali.

Menurut cerita ayahnya, Hakimi dilahirkan di Malaysia pada tahun 2004. Namun disebabkan si ayah menyambung pengajian peringkat doktor falsafah di United Kingdom, jadi mereka sekeluarga menetap di sana bermula 2007 hingga 2011.

Sekembalinya di Malaysia, Hakimi dihantar bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling (SSP), Petaling Jaya. Kerana gagal berbahasa Melayu, dia dilihat agak tertekan untuk memulakan persekolahan pada tahun 1.

Hakimi telah ditempatkan di kelas pemulihan yang turut menempatkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, agar dapat diberi perhatian yang khusus oleh guru.

Guru kelasnya yang pertama, pernah memberinya gelaran ‘Harry Potter’ kerana Hakimi sudah pun memakai cermin mata semasa memasuki tahun 1, dan fasih berbahasa Inggeris seperti seorang kanak-kanak British.

Guru Bahasa Inggerisnya pula menggelarnya ‘Profesor’ kerana selalu menegur rakan-rakannya yang lain di dalam kelas Bahasa Inggeris, selain mempunyai pengetahuan am yang luas, terutamanya mengenai sains, teknologi dan komik.

Hakimi bukan sahaja mempunyai kelebihan dalam bahasa antarabangsa tersebut, namun turut menunjukkan ketekunannya dalam mata pelajaran lain. Atas ketekunannya, dia dapat memenuhi keperluan ujian untuk meletakkannya di kelas biasa selepas hanya tiga bulan berada di kelas pemulihan.

Bermula dari situ, kecemerlangannya dalam akademik diteruskan dan sentiasa berada dalam kalangan pelajar terbaik di dalam kelasnya pada setiap tahun.

Dek kerana minat membacanya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sentiasa mendapat antara markah yang tertinggi untuk program Nilam di sekolah, dan dilantik menjadi Pengawas Pusat Sumber bermula dari tahun 3. Hakimi yang turut mementingkan pendidikan agama, berjaya khatam al-Quran ketika berada di tahun 5, dan mencapai keputusan 8A untuk Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Minat pelbagai


Anak sulung tiga beradik ini boleh dikatakan mempunyai minat yang pelbagai dari kecil. Hakimi pernah meminati bidang lukisan, permainan Lego®, seni pertahanan diri tekwando, dan permainan yang menguji minda seperti Rubik’s cube, Sudoku, dan permainan video Minecraft. Di sekolah, beliau turut menyertai pasukan beruniform pengakap, dan mengambil bahagian dalam acara sukan seperti bola sepak, ragbi dan larian.

Minat mencuba sesuatu yang baharu telah membawanya ke dunia teater, apabila berjaya mewakili sekolah ke pertandingan akhir teater muzikal bahasa Inggeris di Festival Kesenian dan Muzik Antarabangsa untuk dua tahun berturut-turut.

Minat ini juga telah membawa dia dan rakan-rakan ke Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM) bagi menjayakan teater muzikal kanak-kanak, ‘Jasa Putera’ anjuran Pusat Kebudayaan UM bagi mengutip dana untuk pembangunan SSP.

Bakat Hakimi dalam lakonan teater turut diperhatikan oleh penggiat teater tempatan, dan dijemput oleh Bleenk Media bagi menjayakan watak utama dalam pementasan ‘The Boy Who Lost His Shadow’. Pementasan ini adalah bertujuan bagi mengutip dana untuk membantu keluarga kanak-kanak penghidap penyakit kanser.

Di atas penglibatannya yang menyeluruh dan kecemerlangan akademiknya yang konsisten, Hakimi telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Wira SSP sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada tahun 2016.

Peribadi Hakimi


Hakimi seorang anak yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua, dan mudah didekati rakan-rakan yang lain. Beliau sangat prihatin terhadap isu semasa masyarakat, dan pernah menyertai program pengagihan makanan kepada gelandangan dan miskin kota di Kuala Lumpur bersama mahasiswa UM, baru-baru ini.

Hakimi yang mendapat keputusan 6A dalam UPSR 2016 bercita-cita untuk menjadi pengatur cara berjaya satu hari nanti. Dia juga mengidamkan untuk bekerja di syarikat gergasi internet, seperti facebook atau Google. Hakimi turut berpesan, “Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baharu. Berkat usaha dan doa daripada kedua-dua ibu bapa, segala impian boleh menjadi kenyataan.”

Hakimi kini menyambung pengajian sekolah menengah di sekolah berasrama penuh Malay College Kuala Kangsar, Perak, menuruti jejak ayahnya yang juga merupakan bekas murid di sana.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris

Sekianlah artikel #TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/02/tokoh-muda-ketika-tahun-1hakimi-sudah.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "#TOKOH MUDA ~ Ketika Tahun 1,Hakimi sudah digelar profesor oleh guru Bahasa Inggeris"

Post a Comment