Loading...
link : #PERCATURAN ~ Pas bayangkan saingan tiga penjuru PRU14..siapa yang untung?
#PERCATURAN ~ Pas bayangkan saingan tiga penjuru PRU14..siapa yang untung?
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan terbaharu Tun Dr Mahathir untuk tidak sujud di kaki Pas telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara Pas dan parti itu.
“Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera yang diwujudkan oleh Pas dan Ikatan semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan Pakatan Harapan,” katanya dipetik di dalam laman facebooknya semalam.
Nik Abduh berkata, kekuatan Pas untuk bergerak sendiri menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan Bersatu menyerang Pas dengan pelbagai cara termasuk mengaitkan dengan Umno.
“Kerana itu juga, Umno mengurangkan tekanan dan perseteruannya terhadap Pas. Tujuannya sama. Menidakkan Pas sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun Pakatan Harapan.
“Bagi Pakatan Harapan, undi Pas adalah undi Umno, maka jangan undi Pas. Bagi Umno, undi Umno adalah undi Pas, maka undilah Umno. Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan samada untuk BN ataupun untuk Pakatan. Hilangkan kemenangan untuk Pas,” katanya.
Nik Abduh berkata, kemenangan dan kekuatan Pas hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran dan Pas sentiasa yakin motivasi perjuangan Islam adalah ‘beriring kesukaran adalah kemudahan’.
Beliau berkata, rekod buruk Umno terhadap Pas mesti dipadamkan demi survival mereka dan pakatan harapan tidak pula mampu memomokkan rekod buruk Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu sebagai peluru ampuh buat membedil Pas.
“Sebab walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa Pas dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri. Pas menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya dan akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup.
“Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan ALLAH. Pas setianya dengan Islam adalah 'lejen'. Satu dalam sejarah politik negara. Walau baik mana sekali pun Umno terhadap Pas, kita akan kekal bersendirian melawan parti itu,” katanya.
Menurutnya, Umno adalah musuh tradisi Pas dalam politik dan jika Umno ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik, dan jika bersandiwara, lambat laun ia pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri.
Selain itu, anak kelima bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu juga mengingatkan penyokong Pas bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara.
“Rosak negara adalah kerana Umno membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh.
“Ada orang bertanya, yang mana bahaya antara Umno dan DAP? Saya berkata, bahaya Umno bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahaya dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan,” katanya.[SH]
Demikianlah Artikel #PERCATURAN ~ Pas bayangkan saingan tiga penjuru PRU14..siapa yang untung?
Sekianlah artikel #PERCATURAN ~ Pas bayangkan saingan tiga penjuru PRU14..siapa yang untung? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #PERCATURAN ~ Pas bayangkan saingan tiga penjuru PRU14..siapa yang untung? dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/02/percaturan-pas-bayangkan-saingan-tiga.html
Loading...
0 Response to "#PERCATURAN ~ Pas bayangkan saingan tiga penjuru PRU14..siapa yang untung?"
Post a Comment