Loading...
link : #MOOVBY ~ Tak Mustahil Kereta Persendirian Jadi Duit
#MOOVBY ~ Tak Mustahil Kereta Persendirian Jadi Duit
Nik Muhammad Amin (kiri) dan Nadzri Sazali
Hanya melalui sistem dan aplikasi yang dinamakan Moovby, kereta-kereta ini berpeluang diguna pakai sepenuhnya, bergerak di jalan raya sambil menjana wang untuk membantu mengurangkan beban hutang bulanan si pemiliknya.
Dibangunkan oleh dua anak tempatan, Nadzri Sazali, 23, dan Nik Muhammad Amin, 28, Moovby menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara berpusat dan bersistematik, hampir sama dengan konsep perkongsian yang diguna pakai oleh Uber, GrabCar atau perkhidmatan sewa rumah percutian dalam talian, Airbnb.
"Walaupun membayar kereta menjadi beban bulanan, kajian kami menunjukkan majoriti rakyat malaysia hanya menggunakan kereta mereka 10 peratus dari masa yang ada (sehari) iaitu kira-kira tiga jam dan selebihnya kereta itu berada di tempat parkir.
"Kita mahu kereta ini digunakan sepenuhnya. Bila tak digunakan, ia disewakan dan pemilik akan mendapat pendapatan sampingan," katanya Nadzri yang juga ketua pegawai eksekutif Moovby kepada mStar Online.
Bekas pelajar bidang kejuruteraan universiti tempatan ini berkata, matlamat utama platform ini diperkenalkan adalah bagi mewujudkan komuniti yang dapat berkongsi dan membantu sesama sendiri melalui komunikasi serta teknologi terkini.
Nadzri berkata, jumlah kereta dijangka meningkat pada masa akan datang, justeru satu pendekatan perlu diambil bagi membolehkan kereta-kereta yang tidak digunakan selama berjam-jam dalam sehari digunapakai sepenuhnya untuk membantu kumpulan yang memerlukan, selain mampu menambah duit poket tuan punya kereta itu sendiri.
Contohnya, kata Nadzri, Moovby menetapkan seorang pemilik kereta Myvi yang menyewa kenderaan itu pada kadar RM7 sejam mampu memperolehi lebih RM500 sebulan dengan hanya menyewakan keretanya selama 72 jam sebulan.
Katanya, kereta dengan kapasiti enjin lebih besar seperti Toyota Vellfire ditetapkan kadar lebih tinggi iaitu RM48 sejam, justeru pendapatan yang diterima pemilik juga adalah lebih banyak.
"Untuk menyewakan kereta, pemilik hanya perlu mendaftar menerusi aplikasi dan menghantar gambar nota lindung (cover note) insurans serta cukai jalan.
"Jika rekod pemilik 'bersih', keretanya sedia untuk disewa dalam tempoh 24 jam," katanya sambil menambah kereta yang berusia enam tahun ke bawah sahaja akan diterima untuk disewakan.
Mudahkan Pemilik, Penyewa
Bagaimanapun, Nadzri berkata Moovby yang baharu empat bulan beroperasi di negara ini bukan dicipta untuk memberi manfaat kepada pemilik kenderaan persendirian semata-mata.
Sebaliknya, ia juga dicipta untuk memudahkan masyarakat atau penyewa dengan kaedah baharu yang lebih mudah, cepat dan jimat.
"Kita sediakan sewaan mengikut jam, dengan tempoh minimum tiga jam dan ke atas sebab memang ada orang yang nak guna kereta sewa tapi tak sampai sehari.
"Penyewa boleh mengakses kereta-kereta yang ada berhampiran mereka hanya melalui web atau aplikasi. Selepas bayaran dibuat, mereka boleh terus mengambil kereta yang dipilih," katanya.
Nadzri berkata setakat ini syarikatnya mempunyai lebih 1,000 kereta daripada 42 jenis kereta seperti Viva, Axia, Myvi, Saga, Honda City, Vellfire dan kenderaan pacuan empat roda.
Katanya, kereta-kereta seperti Viva, Myvi dan Saga biasanya disewa oleh golongan pelajar, manakala kereta besar lebih besar mendapat perhatian keluarga dengan bilangan ahli yang ramai.
"Perkhidmatan ini ditawarkan di seluruh Malaysia kecuali Sarawak, tetapi buat masa ini sambutan memberangsangkan diterima daripada pengguna di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang," katanya.
Kurangkan Risiko
Sementara itu, Nik Muhammad Amin yang juga Ketua Pegawai Teknikal Moovby berkata pihaknya sedar akan kebimbangan pemilik kenderaan untuk 'melepaskan' kereta kesayangan mereka ke tangan individu yang tidak dikenali.
Bagi mengurangkan risiko atau kejadian tak diingini, beberapa langkah telah diambil termasuklah membangunkan perisian tertentu yang lebih selesa dan selamat.
"Kita sedang bangunkan perisian GPS (sistem pengesan global) yang mana apabila setiap kali kereta disewa, pemilik boleh mengesan lokasi keretanya," katanya.
Setakat ini, syarikat ini telah mempunyai satu pangkalan data senarai hitam penyewa kenderaan yang dikumpul daripada penyelia kereta sewa di seluruh Malaysia.
Seperti pemilik kereta, individu yang pertama kali mahu menyewa dengan Moovby juga perlu memasukkan beberapa butiran peribadi untuk diperiksa rekod dan latar belakangnya.
"Jika dia bermasalah, kita tak akan benarkan dia menyewa.
"Jika kita beri 'kelulusan' sebagai penyewa sekali pun, keputusan tetap terletak di tangan pemilik kereta yang akan memeriksa profil dan latar belakangnya terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk keretanya disewa," katanya.
Ditanya tentang pembahagian keuntungan, Nik Muhammad Amin berkata pemilik kereta akan mendapat 85 peratus daripada kadar sewa yang diterima dan Moovby menerima baki 15 peratus.[mStar]
Demikianlah Artikel #MOOVBY ~ Tak Mustahil Kereta Persendirian Jadi Duit
Sekianlah artikel #MOOVBY ~ Tak Mustahil Kereta Persendirian Jadi Duit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #MOOVBY ~ Tak Mustahil Kereta Persendirian Jadi Duit dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/02/moovby-tak-mustahil-kereta-persendirian.html
Loading...
0 Response to "#MOOVBY ~ Tak Mustahil Kereta Persendirian Jadi Duit"
Post a Comment