Loading...

#KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut

#KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut
link : #KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut

Baca juga


#KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut

ALAHAI… Gara-gara mahu kelihatan cantik, seorang remaja dari Victoria, England nyaris buta selepas mewarnakan bulu mata dan keningnya sendiri.

Tylah Durie, 16, tidak menyedari dia mempunyai alergi terhadap salah satu bahan dalam pewarna tersebut iaitu Paraphenylenediamine (PPD) dan mengakui tidak melakukan ujian alahan sebelum menggunakannya.

Dailymail melaporkan, tindak balas pewarna tersebut dapat dirasainya selepas 30 minit mewarnakan bulu mata dan keningnya.

“Mata saya besar seperti belon apabila bangun dan hampir buta akibat reaksi bahan pewarna itu.

“Ia seperti ada pasir di dalam mata dan ada pisau di kening,” katanya yang menjerit dan menangis selepas melihat perubahan jelik di wajahnya.

Jelasnya, tanda awal yang dialaminya adalah gatal dan terbakar di bahagian mata dan kening.

Tylah dibawa ke hospital dan doktor mendapati bola matanya terbakar akibat bahan kimia di dalam pewarna tersebut serta diberi amaran untuk tidak menggunakan produk yang sama lagi.

“Saya dimasukkan ke hospital dan doktor memberitahu saya mempunyai reaksi alergi yang sangat luar biasa yang boleh menyebabkan hilang penglihatan,” katanya.

Katanya, dia hanya mahu membuat bulu mata dan keningnya kelihatan lebih gelap dan dia kini trauma dengan kejadian yang hampir membuatkannya buta seumur hidup pada usia muda.

Sementara itu, jurucakap Chemcorp Pty. Ltd. yang menghasilkan pewarna tersebut, Jodie Phillips berkata, PPD adalah bahan yang biasa digunakan dalam pewarna rambut.

“Umum mengetahui ada sesetengah pengguna yang tidak sesuai dengan bahan itu dan ada yang tidak serasi dengan kulit mereka.

“Ini adalah bahan sama yang digunakan dalam kosmetik tetapi ditambah dengan pewarna,” katanya.

Menurutnya, semua produk pewarna sudah jelas memberi arahan supaya pengguna untuk melakukan ujian sebelum digunakan terutamanya di kawasan sensitif seperti bulu mata dan kening.

“Kami menasihatkan pengguna untuk melakukan ujian sensitiviti kulit selama 48 jam bagi setiap produk sebelum digunakan,” katanya.

Jodie menjelaskan, pihaknya sebelum ini tidak pernah menerima laporan mengenai pelanggan yang menerima rawatan di hospital selepas menggunakan produk mereka. – MYNEWSHUB.CC


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut

Sekianlah artikel #KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/02/kesihatan-remaja-nyaris-buta-akibat.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "#KESIHATAN ~ Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut"

Post a Comment