Loading...

#GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310

#GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310 - Hallo sahabat JAGAD LELEMBUT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUKUN SAKTI, Artikel GENDERUWO, Artikel HANTU, Artikel KUNTILANAK, Artikel POCONG, Artikel TEMPAT ANGKER, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Loading...
Judul : #GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310
link : #GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310

Baca juga


#GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310

Arto Nummela bersama model terkini yang dilancarkan termasuk Nokia 3310 pada Kongres Telefon Bimbit Dunia di Barcelona.

BARCELONA: Jenama telefon bimbit Nokia melancarkan tiga telefon pintar Android terbaharu dan memperkenalkan versi terkini model ikonik 3310 selepas lebih 10 tahun pengeluarannya dihentikan.

Tidak seperti produk original, versi baharu ini membolehkan pengguna melayari laman web.

Ia juga mengekalkan permainan "Snake" yang popular ketika Nokia 3310 diperkenalkan dahulu dan nada bunyi yang tersendiri, kata Ketua Pegawai Eksekutif HMD Global, Arto Nummela yang akan mengeluarkan telefon hasil perjanjian dengan Nokia.

Dilancarkan pada 2000, jualan Nokia 3310 mencecah hampir 120 juta unit di seluruh dunia sebelum ia dihentikan pada 2005, menjadikan ia salah satu daripada telefon bimbit terlaris di dunia.

Penganalisa berkata, langkah HMD Global mempopularkan semula model berkenaan dianggap bijak dalam usaha untuk melancarkan semula jenama Nokia.

"HMD melancarkan tiga telefon pintar dan telefon ikonik. Ia salah satu cara untuk mewujudkan semula kesan jenama Nokia di antara model lain yang sedia ada ," kata penganalisis telefon bimbit di Forrester, Thomas Husson.

Sebagai tambahan kepada model baharu 3310, HMD memperkenalkan tiga telefon pintar baharu iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 yang akan dijual pada harga berbeza.

Ketika ini, Nokia 6 telah memasuki pasaran China dan akan ke peringkat global tidak lama lagi.

"Nokia akan menguasai lima peratus daripada pasaran telefon pintar global menjelang akhir 2019, bagaimanapun usaha perlu dilakukan untuk memastikan ia menjadi kenyataan," kata pakar alat peranti dan ketua penyelidik Insigh, Ben Wood.

Nokia adalah pengeluar telefon terbesar dunia antara 1998 dan 2011 sebelum dipintas pesaingnya dari Korea Selatan, Samsung.

Bagaimanapun, jenama telefonnya kekal diiktiraf dunia, terutama dalam pasaran membangun.

Kini, sebagai pengeluar peralatan telekomunikasi terkemuka, Nokia telah menjual perniagaan telefonnya kepada Microsoft Corp pada 2014.

Tahun lalu, HMD membeli perniagaan Microsoft Mobile dan hak menggunakan jenama Nokia.

Menerusi perjanjiannya, Nokia akan memperoleh royalti daripada penjualan HMD untuk setiap telefon bimbit dan tablet jenama Nokia. -- AFP/mStar

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Demikianlah Artikel #GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310

Sekianlah artikel #GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310 dengan alamat link https://jagadlelembututama.blogspot.com/2017/02/gadjet-nokia-lancar-semula-model-ikonik.html
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "#GADJET ~ Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310"

Post a Comment